Search This Blog

Jun 28, 2013

kronologi

Ok...post sebelum ni memang tak detail...
mari kakak bercerita...feeling kakak2 ni sebab mak sedara pak sedara aku banyak melahirkan anak2 di era 2000-an...
dah mai penang dari hari Khamis pagi lagi
Rabu malam bertolak..kerja tak siap dah dipanjangkan kepada kawan di tempat kerja...so saya terhutang budi 2 cases dari dia...
pagi2 sampai kat penang ni, akak mai amik...
ada satu hari untuk bersedia untuk hari pengadilan...di mana saya akan diadili berdasarkan prima facie yang saya akan berikan kepada penemu duga
perasaan yang kurang mendebarkan berbanding temu duga di syarikat kulit kerang...
hari khamis itu dihabisi dengan rehat2 yang panjang dan persediaan yang sederhana...
kemuncak hari khamis bila pergi ke pasar malam, i miss pasar malam teluk kumbaq
peniaga masih sama...makanan sesedap rupa...eh lebih sedap daripada rupa...
makanan di penang ni jarang dapat rating rendah dari 3/5...semua sedap2 belaka...
apa lagi?mai la sini...


pagi hari Jumaat yang mulia, bertolak ke tempat pengadilan  pada pkul 6.30 pagi...
kau ada?
interview start jam 9.00 pg...
melongo...masa dirasakan berlalu begitu cepat...2 jam dirasakan bagai similir angin lalu...
bunuh masa dengan gula hancur dan pemuda luncur...
aktiviti untuk temuduga itu tak perlu kuceritakan,
sikit untuk slot itu; jawab soalan kona2 akhirnya terjun ke laut
malamnya kami p queensbay; makan di johnys n tgk wayang
kempunan lamb chop dave's deli sebenaqnya

hari ni tgh basuh baju
sat tadi aida tepon
nak kluaq ngn aku 
ceitanya miss rosaling, ex hr manager aku tgh gering,
teruk gamak nya

semalam, sekarang dan esok

semalam kita tengok monster university
hmm yg monster inc lagi best rasanya
tengah2 jalan cerita, rasa nak stretch badan, sengsara rasanya xdapat stretching

sekarang kita temgah basuh baju
mesin basuh baru yang ha beli

esok kita nak balik putrajaya dah
rindu penang woi
belum balik dah rindu?

Mar 3, 2013

Life is easy and complicated

1. Tahu tak kita tak follow blog Hanis Zalikha tapi kita baca entry dia. Sebab bila kita tak follow and tetiba buka blog dia dan ada entry baru, rasa macam dapat hadiah dari Santa Claus, sangat terkejut dan puas hati.

2. I wonder on how much salary will I feel satisfy or suffice? Jawapannya adalah tak akan ada nombor yang sesuai, it is infinite.

3. Dulu masalah nak cope with kawan, apa yang kawan ada kau nak ada, lepas tu masalah nak cope with study, sekarang masalah nak cope dengan diri sendiri.

4. My 2013 resolution is to bayar hutang sampai habis. Ini kena bergantung dengan Allah Taala dan diri sendiri. Mohon supaya diberi kekuatan.





Dec 27, 2012

2012-tak jadi kiamat pulak

Wahai blog yang tiada siapa peduli, terima kasih menjadi peneman sampai ke hari ini.

1. Saya sedang berada di Melaka, setelah dua hari meninggalkan Penang dengan hati yang berat dan pilu. Ku tinggalkan bos, rakan sekerja, rakan seperjuangan, rakan seuniversiti, rakan serumah, juga orang yang dicintai. Masing-masing perlu tabah teruskan hidup. *tarik nafas dalam-dalam dan hembus*

2. Akan berkelana di Cyberjaya bekerja di syarikat minyak seteru kepada Petronas. *lambai-lambai kepada kak Roe (if you read this)*

3. Penang is a good place but not the road and the road users, jalan berlubang-lubang terutamanya selepas hujan lebat, penunggang motosikal yang otai, satu lane tu memang untuk depa ja.

4. Memulakan tahun 2012 dengan perasaan loser dan mengakhiri tahun ini dengan perasaan tenang. Syukurlah.

5. Jumpa rumah sewa yang paling best di Penang, flat tiga bilik (antara flat yang terbesar di Penang), lengkap dengan tv, astro, wifi, mesin basuh, dapur gas, peti ais dan housemate yang super baik, sewa yang bayarannya RM 90 - RM125 sebulan. Demi Allah yang maha Penyayang, terima kasih menemukan kami dengan rumah ini. Parahnya, bila nak kena tinggalkan semua ini demi ambisiku, hati saya pilu.

6. Dalam setahun, dua kali perpisahan yang perlu tempuh. Penat tau nak nangis-nangis.

7. Tinggalkan Penang, ada dua hati yang sangat terluka.

8. Macam-macam pengalaman ada, manage to went for a date with handsome boy but yeah different boy same mistake, accident melibatkan 3 kereta dan aku di tengah-tengah, dapat kerja permanent dengan tempoh percubaan dipendekkan (nikmat Allah), awesome classmate yang dijumpai di PSDC; we got dancer, model etc etc in the class dan sebagainya. Thanks Allah.

9. Terima kasih kerana baca, semoga kamu bertemu tuah.

Jul 20, 2012

Kerja

1. Hari ini 1 Ramadhan
2. Saya dapat dah kerja dalam bidang yang sama dipelajari ketika universiti. Rupa-rupanya rezeki di Pulau Mutiara.
3. Sudah 4 bulan tak balik Melaka. Malas sebenarnya, bukan rajuk.
4. Kehidupan masih lagi tertampung.
5. Saya bahagia.

Mar 17, 2012

kontang

macam ni rasanya bila berpisah
sedih
masih ingat lagi kali pertama
ada pelangi menemani pagi
indah benar
seolah-olah Dia turut sama meraikan

Feb 21, 2012

Situasi

1. Haish dah cakap dengan bos nak berhenti kerja bulan hadapan.

2. Ingat senang ke? amik nafas panjang sebelum melontarkan suara. "Been there, done that". Boss macam sedih? Aih macam je ke betul-betul? Huhuhu.

3. Minta- mintalah abah dan mak Ikin izinkan dia ke PSDC.

4. Kalau tak sorang-sorang je la nanti.