Search This Blog

Showing posts with label UTM puncak letaknya. Show all posts
Showing posts with label UTM puncak letaknya. Show all posts

May 20, 2011

Starter and Finale

Kalau gembira, dekat kucing pun i senyum lebar-lebar sampai ke telinga...Macam semalam setelah pulang daripada interview kerja dan tengok pilem Nur Kasih the Movie...wallah...Kalau ade rezki insya Allah, i diterima kerja sebagai sales assistant kat MPH Mahkota Parade pada hari Selasa akan datang...Semalam my best friend sama nama, Nur Sakinah Mohd Yassin temankan I pergi cari kerja...kerja ni I aim dah lama dah...harap-harapnya dipermudahkan...walaupun mestilah ada di kalangan kawan-kawan yang akan cakap hek eleh, sales assistant pon nak kecoh ke?...huhu...ye kawan-kawan, setelah fikir masak-masak I memang nak mula daripada bawah/from ground zero...merasai bagaimana perasaannya menjadi coolie...yang kerja kat situ pon bukan orang biasa2, yang jadi cashier tu bakal lawyer, part timer je dekat MPH...before ni pon ada budak Medic yang keje before fly, ni Mr Richard yang bagitau...Good3, bole exchange knowledge and networking...do not expect anything but prepare for the worse...eh jap3, jalan2 I nampak ini, Butik Zaza


Zaza buka butik tanpa pengetahuan I


Result semester ini dah keluar...first time dalam hidup di UTM, I dapat C+...thank Dr Shah Rollah, saya amat memahami ajaran Doc!~sarkastik yawww~junior2 please take note, batch kamu kena guna aircond lagi power ok...OD and IRL pon I tak SCORE, takpe2 I pon dah cakap A tak penting, yang penting ilmu tu melekat dekat otak I...kira punya kira, semester ni I hanya mampu capai 3.27+/- sahaja...penyudahnya, kalau menangis air mata darah sekalipun xde guna, bersyukur kerana tak perlu mengulangi mana-mana subjek...thanks Allah...uolls dijemput menghadiri majlis konvokesyen I...jangan malu-malu nak bawak bunga @ teddy bear besar untuk I ok...tarikh akan diberitahu kemudian...

Apr 24, 2011

Library here we come...

ketekunan cik nad tak dapat disangkal lagi selaku bakal mathematician

dekat lagi

close up sikit


hasilnya.....


Sekian sempena minggu study week yang telah berakhir dan minggu peperiksaan yang bakal menjelma...
Selamat Maju Jaya Kawan-kawan...
Ya Allah, izinkanlah kami bergradusi semester ini...Amin


lokasi: Perpustakaan Sultanah Zanariah yang terchenta

Apr 20, 2011

tsk tsk tsk T.T

Carry mark osha dah keluar...amat teruk...35.2%...ni baru osha je dah keluar...yang lain-lain tak taw la macam-mana....kesedaran perlu belajar dengan teruk dah ada sikit la...semalam Zizie cam ajak study sama-sama, dia ingat aku pandai ke???ni  yang menakutkan bila expectation orang kepada kita adalah tinggi...bila dia rasa yang aku bukanlah pandai seperti yang disangka-sangka...mesti semangat nak study sama-sama tu jadi pudar...aihla..negative thought...boleh ke pikir orang yang nak study sama-sama tu sebab orang tu rasa i pandai???merepek la Sakinah...

Buku belum bukak...blergh teringat janji nak tengok scream 4 dengan Izhar, sempatkan lagi ko nak tengok wayang...tula pasal dah terlanjur kata, bila dapat carry mark camni baru la rasa masa macam mencemburui saya...erm teringat plak dulu pernah picnic kat Air Terjun Kota Tinggi dalam bulan peperiksaan...masa tu boleh pulak I pikir; 

"Kalau tak pergi tapi dapat result yang teruk dalam exam serupa je macam pergi picnic, baik aku pergi"
Berani mati pulak time tuh...


Please Sakinah, do your best for this final semester, walaupun sinaran First Class Degree tu semakin jauh, takpe asalkan kita dah buat yang terbaik, remember this quote! dan kalau kalah/gagal biarlah kalah yang bermaruah!



Apr 4, 2011

Mourning Monday

Totally out of my control
Everything that happening now and then makes me falling apart
I HATE TO REMEMBER YESTERDAY
ouh heart, please be tough
I need you to be strong
no matter what happen...
we will survive...
I promise you
like Phunsukh Wangdu in 3 Idiots always said, "All Is Well"

Apr 2, 2011

Sunday Morning

Hi there!!!! sejak dua menjak ni memang saya menghitung-hitung hari bila la semester ini mahu tamat...Semester ini memang lebih mencabar daripada yang lepas-lepas, betul tak tipu...kalau saya pernah cakap semester lepas adalah susah dan teruk, maka semester ini sepuluh kali ganda daripada dahulu; memalukan, menyusahkan dan menyakitkan...All in one...haa walaupun belum lagi tamat, macam dah lengkap semua pengalaman...tapi semua ni harap jadi pengajaran...nanti insya Allah ada rezeki, i dikurniakan kerja, dapat boss suka marah-marah, mengeji dan mengutuk, at least dah biasa...

Pengalaman bagi questionnaire kepada managerial staff di UTM ni pon dah macam-macam, kaedah kami gunakan face to face...so their response memang dapat tengok terang-teranganlah...tak dinafikan 80 percent of UTM's staffs ni baik-baik belaka, haa baki lagi 20 percent tu memang macam celaka ***penuh perasaan btol ak tulis entry ni***...nak bagi questionnaire pon kena timing taw...janganlah mengada-ngada nak pergi pukul 10 pagi...gila ke apa???itu waktu sarapan pagi diorang taw...nak jumpa jugak? kemungkinan besar (100%) carilah dekat cafe okay!kat office non ado...sama juga pada pukul 3 petang...ahkak-ahkak and ahbang-ahbang nak ngeteh...

Lagi sorang respondent; engineer kot yang i pergi jumpa dekat Pejabat Harta Bina...walaupun jauh daripada khalayak UTM, terpaksa saya gagahi jua...hmm beliau ni duduk bilik sendiri, besar hhmmm seswai la kot ngn taraf engineer...hmm macam malas nak cerita..tapi harap ini dapat dijadikan panduan dan ingatan untuk I pada masa akan datang...i pergi pagi-pagi lagi, after kutip questionnaireS kat HEMA, duk tunggu2 bas nak pergi SPSS...sbb SPSS tu sebelah je dengan Pejabat Harta Bina....tapi tunggu punya tunggu bas XDE...maka telefon Nadhirah, minta tolong dia hantar, umpan dia dengan belanja McD...umpan mengena...tapi kesianla dia kena tunggu i hantar questionnaire lama sikit...haih dipendekkan cerita;

i masuk bilik engineer tu ->

bagi salam dan kenalkan diri: Saya Sakinah daripada Fakulti Pengurusan->

dia tunjuk tangan (sign language minta I berhenti)->

dia calling2 dengan someone, nampak macam busy, pasal Blackberry blablabla *eh i ada telinga, x pekak, haruslah dengar kan*->

lepas sudah habis borak tu, dia tanya: ada apa?->

*sebabkan dia sibuk, i pon cepat2la kepada tujuan sebenar* kami nak minta tolong untuk jawab questionnaire untuk program yang encik pernah hadiri blablablabla->

dia jawab: inilah yang saya tak suka pelajar zaman sekarang *sambil menghempas lembut questionnaire I...perghhh* xde adab, sepatutnya awak masuk, kenalkanlah diri dulu, siapa?daripada mana?lepastu, awak cakap nak, saya nak...macam awak pulak boss, kalau macam tu saya kena jawab yess boss... ->

*i ada cakap tolong jugakkan?*sebab taknak panjang2, i say sorry, n mulakan sekali lagi->

hhmmm awak nak bila questionnaire ni?*sambil bukak gula2 yang kitorang kepilkan dekat questionnaire*->

kalau boleh i nak dalam minggu ni jugak (dalam bahasa sopan lagi berbudi bahasa)->

tak boleh minggu ni saya sibuk, saya nak pergi site kat KL sampai minggu depan->

owh, okla nexweek saya ambil, erm bole saya dapatkan contact number Encik?**saja berbasa basi sebab memang tak hingin nak singgah ofis kau lagi okay!->

no telefon tak boleh, nanti isteri saya marah, emel boleh ->

FUCK LA MAMAT NIH *dalam hati*muka maintain cun n cool

SUMPAH TAK NAK KAHWIN DENGAN ENGINEER

haish dahla aku dah kenalkan diri, dia yang nyanyuk,
muka tak hensem ditambah pulak perangai macam !#!%%&^%*,
geli gile aku
actually ni bukan kali pertama jumpa engineer n future engineer palat macam ni...
dah banyak kali okay!!!
belagak sangat dapat jadi engineer, suka nak pandang rendah dekat saya yang ambil course ni...eh hello???fineeee u judgemental people...
haa teringat 'kenangan terindah' masa pergi Program BTN ngan mamat2 n minah2 daripada Fuck. Kejuruteraan Kimia n Kejuruteraan Sumber Asli (FKKKSA)...suka sangat bahan kitorang...
tenkiuverimuchhh


haa itulah antara pengalaman buruk I deal dengan engineer...ingat apa makcik admin macam Kak Mala je yang emo...engineer pon sama je...Kak Mala, bila la ko nak retired???dah la garang, camne la bole kerja kat Kaunter Servis?...dapat kerja guna kabel besar peha agaknya*Bak kata Encik Azlah*jangan jadi macam mereka!!!



jadilah seperti pekerja-pekerja UTM 80 peratus itu...baik budi pekerti, ramah tamah, senyum tak lekang, sangat membantu...Terima Kasih
Semoga Allah merahmati kalian yang menolong, meluangkan masa untuk kami dan menjawab soalan-soalan yang diberikan...



Mar 31, 2011

Happy Friday

y u people like to complicate things???benda yang sepatutnya senang sudah jadi menyusahkan
sekarang banyak pelajar kena entertain guru...tak fair...bukan ke kita yang sepatutnya menikmati pembelajaran yang menarik daripada guru???...ish...belajar kena masuk kelas yang memberi tekanan...bengang ok!...dah akhir-akhir semester ini ramai yang mengejar 20% had ponteng yang dibenarkan UTM...oyeaaahhhh....hahaha macam bongok plak...y must i attend class yang memberikan tekanan?maka harus ponteng...

Mar 24, 2011

mentally disturb

PERGH!!!

sedang kebengangan mengedit assignment... macam nak pecah kepala hantuk kat dinding lima juta kali...pergh...hiperbola macam sial...kali ini semakin hari muka makin ketat, muka atak senyom wooo...menjelang hari Sabtu nanti lagi la macam hawau, aku ada HBS, GEDIK GEDIK GEDIK....aku tak taw pe tujuan utama diorang buat Harvard Business Case Study ni...bukan ada dalam transkrip pon...saja nak membizikan final year student yang dah sedia bizi ni T.T....memang amat gedik tak hingat...

Semester ni takde apa yang menarik, xde xde xde..haa ulang tiga kali kasi afdal...rasa nak bunuh diri terjun longkang pon pernah...rasa nak ponteng kelas pon pernah gara-gara nak siapkan kerja, semester ni nak jadi baik tak hingat, x mo la ponteng2 ni...tapi minggu lepas sekali je skip class CCM...PERGH!!!...dia punya akibat memang la tak baik punya: hari Isnin tetibe taw kna present...lantakla labu...x prepare lansung...T.T...layankan je

aku mungkin senyum tapi hatiku menangis...eceh...ok la nak sambung editpecahkepala....

Oh Tuhan!

Mar 15, 2011

Detik

Sejauh mana kita lari daripada masalah...
ia tetap akan berjaya mengejar kita...
maka jangan lari...kita layankan je masalah tu...

Hidup memang macam berada dia atas tayar yang berputar,
sekejap di atas, sekejap di bawah...
semasa berada di kedudukan atas, sentiasalah beringat kita pasti suatu hari nanti akan berada di bawah,
maka apabila sedang berada di bawah, jangan risau kerana kelak kita pasti akan berada di atas...
bersabarlah sedikit

Apa dipedulikan kata orang...
kalau kita berada di landasan yang benar...
jangan diendah suara-suara sumbang...

Tak hidup dek pujian
Tak mati dek kutukan, hinaan dan cercaan

Kalau boleh jangan lupa asal usul
Pandai macamana pon, belajar tinggi-tinggi sampai negara orang
Kita tetap rakyat Malaysia

Terima kasih untuk pengajaran pada hari ini......sesuatu yang amat bermakna....dan tak akan ku kenang sampai bila-bila

Feb 13, 2011

Doa daripada sahabat sama nama

Ya Allah
panjangkanlah umur sahabatku
kurniakanlah kesihatan yang baik padanya
terangi hatinya dengan nur pancaran iman

Ya Allah
tetapkanlah hatinya
perluaskanlah rezkinya
dekatkanlah hatinya dengan kebaikan
jauhkanlah hatinya daripada kejahatan
tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama, di dunia dan di akhirat

Ya Muhaimin
jika dia jatuh hati
izinkanlah dia
menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu
agar tidak jatuh dia dalam jurang cinta nafsu

Ya Rabbana
jagalah hatinya agar tidak berpaling dari melabuhkan hatinya padaMu

Ya Rabbul Izzati
jika dia rindu
rindukanlah dia pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu

Ya Allah yang tercinta
jika kau halalkan aku merindui sahabatku
janganlah aku melampau batas sehingga melupakan daku pada cinta hakiki, rindu abadi, dan kasih sejati hanya untukMu

Ya Allah
kurniakanlah sahabatku kesenangan , tenaga, kebahagiaan dan kecemerlangan hidup di dunia dan di akhirat kelak
Bahagiakanlah hatinya sebagaimana Engkau bahagiakan hati hambaMu yang lain
Aminnn

sama nama lain watak

semalam kawan-kawan sekolah yang ada kat KL reU....kecik ati makkk...
yang dirindui: Kina Y n Wanicitt

yang turut dirindui: Aimi n Suyaman

Kina Y, Aimi, Basirah, Wanicitt dan Farah yang sudah lama tidak ketemu

Ya Allah saya rindu mereka berdua, tammat form 5 tak pernah jumpa dengan Mas n Nazihah

Farah Aina, Aimi, Hajar, si comel Tiqa, Wanicitt

Sampai pejam2 mata ko pilih menu Citt

kalau ada Sheera, mmg kecoh, kekecohan yang dirindui



semalam tido awal benci nye
hari ni bangun awal tapi malas
lusa ada test susah
lepastu nak combine FYP
tak buat lagi
besar punya pemalas


Ya Allah
aku mohon dijadikan hamba yang rajin...aminn

Jan 8, 2011

assignmentS dan perempuan mata duitan????

Dah mula boleh kepoh2 membebel pasal assignmentS...Waduhhhh kali ini perlu banyak buat companies visit...Adess...Rajin pulak diorang nak layan student macam kitorang nih....Jadi jom buat muka tebal tembok China dekat sapa2 yang bekerja, harap2 boleh luangkan masa  kat kitorang untuk fill in the blankS benda alah yang lecturer suruh ni....semester ini  ada 2 subjectS law..maka kna makan banyak banyak banyak banyak sangat omega 3 untuk daya ingatan yang terlampau baik...dahlah undang2 ini semua kena ingat sampai mati, takpun kna ingat sampai i retired bidang HR....semua ini perlu berada di hujung jari anda~~kata Dr Khairiah dalam Bahasa Inggeris~rajin aku translate untuk korang miawwww

Kerajinan dan semangat I untuk blog tentang visit ke Beijing 2 minggu lepas terbatas oleh sebab laptop yang belum lagi sihat, ini pon belas ihsan Mira, jiran sebelah bilik yang bagi pinjam ~~~see I kan muka tembok, determination tinggi, susah woo nak sekat keinginan I~~~macam-macam nak cerita, dari perjalanan pergi sampai balik sudah tentu tidak cukup tujuh hari tujuh malam nak menulis....so sapa2 nak tau lebih lanjut pasal Beijing msg je atau pun emel saya....okey???

Tadi saya ada baca entry Mr. K tentang Gaji Isteri Lagi Tinggi Daripada Suami dan baca jugak semua komen-komen...macam2 pendapatlah kan, dah kata manusia ni rambut sama hitam, tapi hati lain-lain....dalam banyak2 tuh ada la yang cakap pasal perempuan ni mata duitan....aiyakkk memang i tak nafikan, tapi pendapat tu general sangat2 yang boleh menimbulkan pandangan negatif seperti perempuan pisau cukur, perempuan dot dot dot....i pon sama mata duitan cuma i tak guna lelaki sebagai sumber duit....euuuuuwww I prefer cari duit makan sendiri okay rather than jadi lintah and leeching at lelaki punya poket.....puas okay dapat shopping guna duit sendiri, dan rasa bersalah gunakan duit orang lain untuk tujuan itu.... blerghhh....so lelaki-lelaki kat luar sana i dan certain2 perempuan lain tak hadaplah duit korang tuh, ntah halal ntah tidak, tu lagi satu hal i nak kna check....

Dan saya ada satu persoalan, kenapa lelaki zaman sekarang mudah rendah diri dan tak kisah pon nak mengaku yang diri tu lemah kepada seorang perempuan???...so pathetic u know, mana ego you???...ataupun aku yang tak cukup perempuan, sampai korang ni x kisah pon nak terus terang....blergh~~~



Dec 9, 2010

Kesimpulannya

Rindunya dah lama x tulis-tulis kat blog, yela sejak my luvly baby rosak + exam yang hard core, tapi tetap maintain baca belogS blogger lain...maka sempat jugak ikut2 blog yang best-best...terlalu banyak nak digebangkan...nak mulakan yang mana satu ni?...okay kita amik yang fresh hot story dulu ye...RESULT senarai tampal dah keluar...Alhamdulillah syukur sangat-sangat...walaupon tak menepati ramalan tapi really beyond my expectation...kan best jika selalu begitu...Alhamdulillah, rasa banyak sangat kasih, rahmat yang dilimpahkan oleh Allah kepada hamba hina ini...dosa berkati-kati tapi dia masih memakbulkan doa...Tahniah jugak kat kawan2 yang lain, resultS kita gempak-gempak kali ini...serius macam tak percaya, bila carry mark 43/60, 48/60...memang tak selamat nak dibawa ke peperiksaan...dasar bersenang-senang dahulu, bersakit-sakit kemudian menjadi juga...risau jugak la sebab semester ni terlalu banyak ponteng kelas **ada sebab yang agak munasabah**...sibuk memanjang...masalah di kiri dan kanan...life sebagai student lahh katakan....

Akhirnya tahun ni i dah jadi pesara Jawatankuasa Kolej Mahasiswa KTR....antara suka dan duka...ya itulah perasaan saya sekarang....i used to be a busy woman, nex semester i tak taw hidup i macamana...time management???ouh scary okay!!!....terlalu banyakkah masa untuk dibuangkan??....Actually, tak rugi okay kalau kita aktif semasa zaman universiti...we can get to know many people, kenal siapa sahabat dan siapa kawan **sahabat tak ramai tapi kawan bersepah-sepah**, yang paling penting i lebih kenal diri i sendiri selepas join JKM...in certain condition, you will realise your strength n weakness...berpeluang majukan diri...belajar daripada pengalaman orang lain...belajar management...even bukan macam kerja betul-betul, tapi as HR developer I dapat kenal perangai-perangai manusia sebagai persediaan nak kerja nanti....DUDUK KAT BILIK TAK DAPAT SEMUA NI KAN???...yeke???tepuk dahi jawab sendiri....lagipon, I masuk u n bayar yuran, so GRAB THE OPPORTUNITIES....gunakan segala peluang n facilities yang ada dengan sewajarnya....itu duit titik peluh my parents okay!...TERIMA KASIH SAYANG BANYAK-BANYAK KEPADA SESIAPA YANG PERNAH TERLIBAT DENGAN JKM KTR 2009 & 2010...

In conclusion for this semester and year of 2010...penuh pengisian sampai I tak sedar usia 21 tahun ini akan berlalu...ape dah 21???serius I tak terasa pon...mungkin sebab dah lama jadi 21...orang lain maybe baru nak dapat kunci kebebasan...rasa bebas daripada mak bapak...tapi i dah lama rasa bebas itu, bebas buat keputusan sendiri...dan seperti yang i dah azamkan, 2010 memang tahun kejayaan...letak beberapa biji target dan capainya...ada yang sangkut dan masih tinggal lagi satu je yang belum dapat...jeng jeng jeng...malas nak berahsia : SOULMATE....ya soulmate...ape ingat senangke???...susah taw...bukan ade dekat pasaran mamat yang i nak tu...takde okay takde...susah nak cari...he is rare...bukan mamat sepah-sepah species buaya darat, kaki kebas duit awek, belum jadi suami nak pegang-pegang, otak kosong, gatal, mat gian, atau mamat yang dah couple dengan berpuluh-puluh awek sejak zaman tak sunat lagi....i nak seorang lelaki yang selalu couple dengan Al Quran...tak dapat yang macamni, bujang sampai ke tua pon i tak kisah

Nov 21, 2010

Gua sedey ni lu tak paham ker??

Sedih....carry markS teruk okay..see the aSS....banyak subjek dengan carry mark yang teruk...setimpal ke???...mungkin...okay kita letak buku ke tepi kejap...maafkan i buku-buku...tak mampu aku menghadapmu dengan perasaan yang hampa dan sedih yang bertalu-talu...oh3 sangat sedih....mana semangat i???? mana sikap positif i????....

i want my POSITIVE MIND AND ATTITUDE BACK!!!


pic ni adalah selingan....

ok sekarang ni update dan online guna laptop dan ihsan kawan-kawan...haaa kalau i mati syahid nanti, bole bawa 70 orang sama-sama ke syurga kan...i tak lupa korang punyalah....macih....

so y do i sibuk-sibuk nak online time exam n stress macam ni....sebabnya, i nak relief stress la...so kalau dapat baca-baca, blogwalking, sangat menolong i meregangkan otak-otak i ok....kalau u karaoke, tengok wayang, tengok muka awek/pakwe, cara i adalah membaca....huhuhu


hati manyak sakit...tolong jangan tambah lagi boleh x?

Nov 5, 2010

Eh3 dah boleh intai2

eh3 kita dah ada passport...bunyi sungguh jakun di situ..makanya boleh intai-intai Singapore, Indonesia, Phuket, dan sebagainya....Oh umur doplohsatu tahun baru dapat pegang passport sendiri...dan paling-paling membahagiakan adalah gambar passport yang menyedapkan mata memandang, terima kasih abang/kakak yang tolong edit muka saya...mekasih mekasih...

ok nex week kita ada exam besar; dimulakan dengan English-Workplace Communication....satu hapak pon saya belum study, eh bohong...saya ada pegang dan baca~ tapi tak masuk otak homaigod homaigod...ngak tau diri betullah...mummy n daddy hantar i pergi sini untuk belajar tapi anaknya tidur dan berangan sahaja...maafkan daku

minggu hectic telah bermula...masih tak sedar diri sudah final year, terlantik menjadi Bendahara bagi program Delegasi Keilmuan & Pengantarabangsaan De' China...ohapakah dahla takde duit T.T...kita tengok dan lihat sahaja okayyy...dahla dijangka pergi semasa musim winter...pening kepala mak aku...

saya takde duit, takde masa, takde takde
tapi saya ada Allah
He won't let me down

tiba-tiba rasa bersemangat hendak menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, dulu saya berfikiran cetek, mau senangkan keluarga sambil melihat langkah menyambung pelajaran sungguh membantutkan ekonomi famili tapi kalau saya berpelajaran lebih tinggi, saya akan lebih membantu famili sebenarnya....ada faham x???....sambil sambil itu mungkin menjadi idola kepada adik-adik dan bakal anak-anak...lagipun, hendak seribu daya, tak hendak beribu-ribu alasan...and if i overestimate for the next two years, i will underestimate my next ten years...oh ade fahammm???!!!...nevermind ini adalah fikiran dangkal saya, pendapat saya tak semestinya awak bole terima

Oct 31, 2010

Pelik Tetapi Benar


haa ni la rupanya test CD arituh, siap2 stok berdebar-debar datang lambat test, naik teksi Pak Ayub, even dah bagi tau awal2 open book test, tapi tetap takutcuak sikit-sikit, hambik ni siap Encik Hussein bagitahu mukasurat berapa lagik...tapi ini tidak menggambarkan kesudahan markah saya...Beliau ni strict...Cuak jugak akhirnya...

cerita tambahan:

Kebelakangan ni kawan-kawan banyak cakap pasal kahwincintakahwincinta, tapi apa ade hal dengan i, pakwe pon xde, so kita enjoy!!!!!, my journey is long...banyak lagi yang perlu tempuh, degree bukanlah destinasi, bila saya kata 'banyak', it means a lot....

Jealousy....BUKAN SAYA OK!....ade manusia jeles dengan saya lagi....buatlah macam mana pon, ade aku kesah, lantak kau lah, still i taw i better than you, tapi i pon x lupe ade orang lagi baik/better than me, baguslah...tu la i pnah cakap, cabar diri sendiri, bukan cabar orang lain...

Memanglah menyampah bila orang suka2 je teka perasaan aku, lagi-lagi kalau salah, macam hawau je...Dialog macam ni:
"Sabar Kinah, jangan stress, rileks"(the moment u spilled ayat ni, mood aku memang tetibe jadi haram)
"Rilek r kinah, Ko nangis ke??"(padahal aku tak nangis/sedih pon)
Macam nak bagi pelempang sedas kat ko.....Ada paham???lain kali jangan wat lagi ea...aku x suka

Lain kali buat report buat r sepenuh hati, typo banyak nak mampus, macam sengajalah pulak bagi aku yang edit ni hangin...pastu dah dapat kejar bas balik kampung ko, ko rilek2 kat kampung, aku plak stuck kat sini...terbaiklah korang...FCUK!!!
 

Oct 11, 2010

Isnin yang mencabar


semalam burnt midnite oil, keje last minute...ntah hape2...teruk teruk teruk...time management teruk...nak kata enjoy sangat semester ni xde la pulak...bizi lagi ade la....so kesimpulannya diri masih tidak sedar sudah tahun tiga aka final year taw x????huh!!!...maka selepas ini hanya perlu bizi menghadap assignment dan Projek Sarjana Muda...OMG ada dua benda yang belum lepas lagi: Praktikum n Report TM....CHAIYUK3333!!!!!!do it or die....ye berusaha seumpama akan hidup seribu tahun lagi....minggu ni adalah minggu gila sasau...harap2 berjalan dengan sempurna...


Hari ini belajar sesuatu yang sangat beharga, erti kesabaran...manusia macam aku hanya akan sedar dan insaf bila benda yang buruk je terjadi pada diri sendiri...so today wasnt a fairytale....pagi tadi bangun lambat, dah la tak malu tido kat bilik member sebab buat report HRIS**subjek yang membengkek kan aku**...pastu balik bilik sendiri...raba-raba buku Career Developement sebab kul 12 tgh hari nanti ada test...setakat raba yang ringan-ringan je...x masuk otak T.T...pastu g mandi n siap2, datang balik kat bilik member, edit report sikit2, print n burn, ade la dalam 2-3 jam u.u....

11.30 pagi-hantar repot yang dah siap print n cd kat pejal, suh dia plak yang hantar g bilik Dr. Nur...n kitorang tunggu bas kat depan blok....11.48 am....11.50 am...tak bley jadi ni, mana sempat nak kalo tunggu bus, maka kitorang call la Pak Ayub (Pakcik Teksi Budiman)...ok set kita naik teksi...11.57 am....11.58 am...teksi tak sampai2, dah la ade test nih...mulut2 jahat kitorang ni pon buat andaian2 yang masuk akal...ecah call balik drebar teksi tuh...haa nampak pon teksi dia...tapi pintu depan side penumpang depan dah kemik..pak Ayub accident kat simpang Pusat KoQ...alamak!!!***teringat kata2 kitorang tadi***

dahla kami ni berlima, naik teksi pon paling ramai boleh bawak 4 je, 1 di depan 3 lagi kat belakang, tapi disebabkan komited menghadiri test, sumbat lima2 sekali kat belakang...

is this what u call double whammy????


Sep 28, 2010

berita x berapa nak baik

hmmm kali ni berita tak best...kacau mood sikitla....sikit jela,

dapat taw carry mark TM....quite disappointed...tapi tak kesah sangatla...bukan selalu dapat low marks kan...maknanya sekarang tak boleh main2 lagi...ini serius...

Awak: So close yet so far...

Sep 27, 2010

PELUH ITU SIHAT

Miss Y'vonne Chong
Congratulations!!!

tadi saya pergi konvokesyen senior saya, ehem3 perempuan ok....si cantik yang baik sebab bagi saya semua nota, buku dan nasihat2...wooohaa...so x payahla i nak pergi beli buku baru..jimat ye tuan2 dan puan2...tapi rimas berlengas hanya tuhan yang tahu...macam mandi je kat konvo tadi, cuma bezanya memakai baju kurung n tudung...habis mekap aku...dah la eyeliner ni TIDAK waterproof, memang rosak habis dan hodoh...after that, i keluar nak pergi tempah pennant untuk program kempen keselamatan jalan raya ,so singgah U Mall membeli Lasting Drama Gel Eyeliner Maybelline...Aisyah yang suggest sebab dia kata tahan lama dan memang kalis air, betulla dah test tadi, tonyoh2 ngan jari xde plak eyeliner ni melekat2, kat blakang kotak pon cakap kalis water, tears n SWEAT....haa agak2 aku menangis xde la takut2 nak kesat **hehe idup ni maintain cun je...so kesimpulannya;
  1. kalau nak berkonvo nanti alat solek WAJIB waterproof supaya peluh2 betina ni x mencacatkan mekap
  2. kalau nak kuruskan badan dan buang toksin, sila lah bersesak2 di Dataran Agora dan Dewan Sultan Iskandar selama 15 minit
  3. saya pon nak dapat medal macam Y'vonne
  4. 3 je cukup kan???
tapi saya lebih prefer brown for natural effect...RM 32.90 (harga sebenar RM 39.90, so cepatla ke Guardians sekarang sebab ade discount)

Sep 25, 2010

saya dan akademik T.T...

Kehidupan di universiti sejak I balik daripada beraya ini tidak begitu mengecewakan...haa presentation english@meeting hari itu mendapat pujian daripada Dr. Shanti okehh, sebab dia tak sangka student management ni boleh speaking...hea???wut the fishy???...so taw jela pandangan daripada lecturers UTM English Academy kat certain2 fakulti macam fakulti I ni....duhh....belum cube dengar blom taw r...tapi3 seronok la kena puji ngn dia, melambung2 melayang2...haa siapa tak suka kena puji???...dan kita orang dapat lihat yang beliau semakin bersemangat nak ajar di kelas....alolo omey angat....**ish tetibe gedik plak....nex presentation kita kasi bergabung meletup3 punya...i want to hear WOHA from her, Insya Allah...Thanks Allah...


Second presentation of Adult Learning juga sangat membanggakan dan membahagiakan sebab group kitorang terpilih daripada 15 groups yang lain untuk membentangkan Culture Influence in Adult Learning: Australia versus China....actually, ade lima groups yang terpilih...maybe takde makna kepada orang lain tapi bagi aku, sudah cukup buat aku senyum sampai longgar pipi***senyum dalam hati, kang ade kata aku riak plak***....thanks to Stella, Lau Chiew Liang, Azam n Teyha BFK....First time sebenarnya bekerjasama dengan Azam, Lau n Stella...Aku n Teyha BFK yang dah biasa kerja last minute ni ok la...budak2 lain???haaa lu pikir laaaa...Go Go Go Team Last Minute***kata2 semangat daripada Zaza....***tapi kata2 ni xde efek pon kat motivation level I...


Pagi tadi ada Harvard Business Case Study: HRIS...haa subjek ni, subjek yang paling mencabar kesabaran dan kewanitaan aku semester ni....tapi tadi berjalan dengan lancar dan seronok...xde sebab tak boleh bagi fullmark kepada Fuad, Panjang, Lau, Ong n Liana...they deserved it...Alhamdulillah...bagusla group macam ni...semua orang participate n diberi peluang untuk participate...love u guys!!!
**Case Study ni kitorang kena bincang facts, identify masalah n wat recommendationS...ala2 MUET la...tapi kena wat repot n submit minggu depan...takpela asalkan oral assessment dah lepas...


haa banyak la blaku minggu ni....tapi since I ni student, harusla update pasal kerja2 yang melambak dan pencapaian2...banyak lagi belom setel tapi ape yang penting??? fikir positif, mampu menyelamatkan anda daripada terlampau stress



Sep 19, 2010

The Arrival

salam
haa dah sampai UTM dah ni...
quick update...sebab dah nak start pening...
haa this week kna hantar 2 assignmentS..yang mana 2-2 belum bersentuhan dan bertentangan mata dengan i...giler tak giler ah...yang penting kena positif...




chup3....tadi naik teksi kat sri putri dengan mamat ktho...so manly n soooo cute...huahuhuhu dengar conversation between him n his mother...baik betul bahasa dia...peramah pulak tu ngan pakcik teksi...**dengan pakcik teksi je**sigh...wujud lagi rupenye lelaki yag budiman..ececeh

Sep 18, 2010

apa akan jadi esok???

SALAM AIDILFITRI~~

Saya pon tak tahu apa yang akan terjadi, 
Tapi besar kemungkinan esok saya dah nak balik UTM....otak semakin tenat, minda semakin bercelaru, hati gundah gulana, stress dah datang sebab ASSIGNMENTS BANYAK LAGI TAK SIAP....honestly, i baru buat satu je assignment....itu pon lompong2....maka kepada sesiapa yang rajin mengikuti blog ini diharap bersedia membaca luahan2 hati saya pada hari -hari yang akan datang yang dijangka lebih stress....mengikut statistik, semakin saya bengang dan stress maka semakin banyak entry yang akan ditulis...haa kalau xde entry itu bermaksud hidup saya aman damai atau kebosanan sebab xde stress dan perihal yang memeningkan kepala boleh dikongsi....


xde cerita hari raya yang menggemparkan, sama je kot macam orang lain, cume bile beraya dengan kawan2 skolah lama hari tu mereka samakan saya dengan zizie ezzette...ish3...tak habis2 nama bung mokhtar sepanjang  berhari raya...




 x sama pon kan3??? haa ni dia wirawati negara...dari kiri: Dr Zawani, Cikgu Fatin Nabihah,  Datuk Lili Sakina, Nur Sakinah, Aisyah Talib, Siti Hajar...dan yang duduk tu: Suhaila....



haa siap ada Ketua Warden lagi tu...dulu kemain lagi geram tapi sekarang sayang...sayang sangat...setiap kali raya wajib datang..the incomplete version:

from left to the rite~~~aimi, ikin, **lili sakina**, eh apsal ni aten???, suyaman, wani, kina yasin, basirah, hajar n aisyah talib


ini versi semua ada:
haa tambah lagi muka Farah Damia n Hasanah...
rumah wajib pergi setiap tahun sebab dapat duit kaler merah...huahuahuahua...tak3 sebab nak jumpa hasanah...rindu dekat dia....~~~thanx for the memories




p/s:mohon maaf kepada sesiapa yang pernah terasa hati dengan saya, menyampah kat saya dan atas segala kekurangan saya...kekurangan saya mohon diberitahu supaya saya boleh berubah menjadi insan yang lebih baik esok dan hari-hari mendatang