Sebab tak ada benda yang kekal abadi selain Allah...Dah setahun hidup dengan blog blog blog...Cheers!!!...thick and thin hidup I, dicurahkan dekat sini walaupon bukan semua perkara boleh dikongsi bersama tapi tetap memberikan kepuasan...Buat insan yang suka membaca seperti saya, blogging merupakan aktiviti sangat seronok, sebab bahan bacaan adalah free free dan FREE...dan sebagai pembaca perlulah memilih blog-blog yang dapat membuka minda dan menambah pengetahuan, barulah dapat menjana minda...
Okay, edisi kali ni I nak complain sikit la pasal surat tawaran sarjana bersyarat daripada UTM...bukan nak gebang sangat pon I dapat tawaran buat research master daripada UTM sebab mostly kawan-kawan satu fakulti dapat tawaran ni dan yang lebih baik ada yang dapat tawaran melanjutkan pelajaran ke tahap PhD terus, well done girlS!!!...yang tidak menggembirakan saya adalah surat yang datang tu macam TAK ikhlas je nak minta kami sambung pelajaran, dahlah kemek2, pastu bole pulak kertas tu dipotostat macam nak tak nak je...terukla...lagi borang pemeriksaan kesihatan tak boleh blah, kerani tu mabuk agaknya time potostat , senget benget okeh!...ejaan untuk penjaga dalam Bahasa Inggeris, dieja sebagai gurdian???Hello...sungguh tak ikhlas...kalau I yang jadi lecturer, jumpe hasil kerja student macam ni, konfem fail okay...BOO BOO BOO KERANI-KERANI FPPSM... dan lagi satu saya pnah nampak mereka ponteng kerja untuk menghadiri bengkel grooming anjuran Clinique, sebab I pon attend course tu...amboi3 patutlah lambat je nak insert delete BOO BOO BOO...ye kerani di FFPSM sahaja, kerani fakulti lain saya tak examine la pula...tapi saya tabik juga kerani-kerani lain di HEMA UTM, Pejabat Bendahari UTM, di pejabat kolej KTR....mereka sangat baik okay, no muka muka ketat-ketat except MAKCIK YANG JAGA KAUNTER PTPTN kat HEMA BOOOOOOOOO sama dia, sebab memang sangat kahau seperti orang Melaka...since I tak pinjam daripada PTPTN lagi maka xde la heran...Makcik, u really need to attend training untuk counter service, too bad makcik, way too bad...sape ntah yang ambik makcik ni kerja???...accept error betul...accept error itu term HR yang bermaksud kesalahan dalam pengambilan pekerja.
I memang ada hati dan perasaan nak sambung master cuma bukan lagi dibidang Human Resource Development, dan bukan aku tak cinta sama kamu HRD, juz nak jadikan diri lagi market, I nak ceburi Business Administration pulak...kalau I ada ilmu HRD + Business Admin maka I lebih bersedia nak jadi HR Officer...tapi kalau nak sambung business, memerlukan pengalaman kerja, I pon taknak la terus belajar masuk-masuk kelas cuz nanti banyak sangat tanda soal dalam kepala, sebab business admin ni lainlah daripada HRD...lagipon duit, I MANA ADA DUIT...sangat kasihan okay kepada mak dan ayah kalau masih nak harapkan diaorang...scholarship???belum pasti boleh dapat...urh malas nak pk sebab masih ada satu semester lagi....ye kita jayakan dahulu semester hadapan
Haa lagi satu saya dah daftar sebagai pengundi dengan kakitangan SPR semalam dekat Mydin, tapi peliklah sebab next three months kena layari laman web SPR untuk tahu sama ada nama saya dah masuk sebagai pengundi atau belum...apa????TIGA BULAN???...macamlah Putrajaya tu dekat planet Marikh...bagi saya terlalu lama okey! papepon, set reminder tiga bulan dari sekarang baru boleh tahu adakah sudah confirm saya boleh mengundi...okey sape2 dah umur 21 tahun, jomlah daftar... dan maknanye setiap 4 tahun kena buat solat istikharah untuk memilih pemimpin yang berkaki lebar dan berdada seksi...