Search This Blog

Jun 22, 2011

Sebelum aku tak mengaku dia adik aku...

Selama ni aku ingat warga asinglah yang membebankan, menyusahkan,menyemak di negara ini...rupa-rupanya orang kita *read Malaysian especially Melayu* adalah lebih teruk daripada itu. Dah nak jadi blog Cursing Malay: Terus Terang pulak dah blog aku ni...Kalau orang Melayu yang membaca blog ni, jangan nak melenting tak tentu pasal...baca dulu sebab-sebab kenapa aku kata Melayu paling hamlau buat masa ini;

  1. Kisah mak cik aku di Pahang: Makcik aku tinggal di sebuah kampung di Pahang dan beliau memiliki sebuah kedai runcit yang turut menjual minyak masak. Nak dijadikan cerita, suatu hari ada pelanggan datang hendak membeli minyak masak dan pada waktu itu lampu kedai pon dah dipadamkan/black out *x ingat*. Makcik saya telah menggunakan lilin untuk membantu beliau membungkus minyak masak yang dikehendaki pelanggan, malangnya lilin tersebut terjatuh ke dalam minyak masak itu dan kebabooo kedai terbakar. Nak tahu sapa yang tolong dia selamatkan barang-barang kedai???Jawapannya MAMAT BANGLADESHI...padahal rumah-rumah orang MELAYU tak sampai 10 meter jauhnya dari kedai beliau.
  2. Adik lelaki aku berkawan dengan penyamun-penyamun (adik-beradik) yang berbangsa Melayu, suspek- suspek yang ditahan di lokap kerana menyamun pekerja Nepal pada November 2010. Bapa penyamun merupakan seorang peniaga air tebu, mencari rezeki halal untuk anak-anak habiskan dengan membeli rokok dsb. Sebelum ditangkap kerana menyamun, bapaku dan sahabatnya pernah menegur si Penyamun, namun dibalas dengan tuba apabila kakak penyamun memarahi bapaku dan sahabatnya. Tujuanku bukan untuk mengaibkan keluarga penyamun, tapi aku buntu mengapa adikku masih lagi mahu berlepak membuang masa dengan orang yang gelap masa depan, jahil, berperangai syaitan yang amat suka membuang masa? Kenapa adikku? Kenapalah tiada seorang pun kawan kau yang berjaya, menjadi contoh dan ikutan? Janganlah nak buat drama Melayu dalam keluarga kita adik.
  3. Banyak lagi sebenarnya contoh2 sohai dalam berjiran dengan MELAYU...hmm macam adalah seorang makcik tu suka berlagak up up kan anak dia...banding-bandingkan IQ anak dia dengan adik lelaki aku yang sebaya dengan anak dia...haih lepas je UPSR diumumkan anak dia tu BERJAYA dapat 3A 2B...terus senyap...malu letteww dengan adik kita...

3 comments:

  1. memang melayu mcm tu T____T

    eh salam perkenalan semula. haha

    ReplyDelete
  2. aku paling x berkenan adat melayu nak kebumi kene tunggu semua sedara datang.
    menyiksa si mati.
    terpaksa mengkurang ajarkan diri suruh cepatkan urusan.
    apa dia pakcik, makcik ?
    yes i heard u. i'm a bitch.
    ada aku kesah?

    ReplyDelete
  3. Wawi: takziah ye...aku call ko semalam, tapi dah lewat sangat time tu...aku tahu kau tabah...be a solehah muslimah, semoga arwah tenang di sana

    ReplyDelete