Aku cuma nak cakap yang rasa itu lain daripada mengetahui. Jangan cakap kau faham bila kau tak pernah rasa. Jangan cakap kau empati bila kau tahu cerita sebab kau tak rasa. Nanti, bila kau rasa sendiri jadam itu baru kau boleh cerita. Mendengar sahaja tak cukup, memang tak cukup. Tapi nanti dah terhantuk baru nak terngadah? Ah ketika itu, nah rasakan.
Sememangnya aku bukanlah seorang yang mendengar bulat-bulat kata orang, nanti bila dirasakan sendiri baru berkesan. Dengan rahmat tuhan, dibukakan pintu hati untuk bekerja daripada bawahan. Pengalaman hampir tujuh bulan sememangnya berkoyan-koyan. Aku mula mengenal titik hidup orang sekeliling.
1) Bulan pertama rutin aku bangun seawal pagi untuk pergi kerja dengan menaiki bas. Rupa-rupanya perkhidmatan bas di Melaka masih lagi macam sial. Harapkan stesen bas sahaja maju tatapi mentaliti orang di dalamnya masih mentaliti kelas kelima. Oh lupa, kebanyakkan pengguna adalah foreigner dan buruh kasar. Mat Indon yang naik bas tu memang kurang ajar la, main tolak-tolak dengan perempuan. Sial kan? Pemandu bas memang kahau (orang Melaka pior *read pure*) jenis carut-carut melainkan kita berbudi bahasa. To gain respect, earn it.
2) Ada seorang adik berumur lingkungan 10 tahun menjaja kuih-muih dari kedai ke kedai di shopping mall kapitalis pada week days (tak tahu apa alih bahasa). Dapat tahu dia juga menaiki bas untuk pulang, dan rumahnya lebih jauh daripada aku. Sudah tentu kau sampai rumah tatkala jam berdenting dua belas kali dik. Miskin? Duit? Kakak harap nasib adik berubah.
3) Aku dapat tahu semua rakyat MALAYSIA adalah sama sahaja tidak mengira kaum. Melayu malas? Aku jumpa Cina pemalas di tempat kerja. Tak perlu lagi klise. Aku dah lali dan benci bila mengaitkan sikap tertentu dengan kaum tertentu. Kita semua sama sahaja. Kalau sudah Meleis tetap Malaysia tak kira bangsa.
4) Semua orang nak barang baik pada harga yang rendah. Dan ini aku akan menyeranah dalam hati fuck you!
No comments:
Post a Comment