1. Bagaimana nak terjemahkan sesuatu yang seronok? Aku kalah dan lemah dalam bab penceritaan. Masalah yang aku hadapi adalah orang sekeliling susah nak fahami apa yang aku sampaikan. Ya ya aku perlu perbaiki sudut itu.
2. Hari ini aku baca novel Seri Tertangguh oleh Nizam Zakaria. Beberapa hari sebelum baca novel ini, aku selalu lihat twitter dengan tweethandle Nizam Zakaria, lalu hari ini aku ikut dia di twitterjaya. Mengenai novel ini, aku tidak membelinya, beli majalah cosmopolitan maka layak untuk miliki novel ini dengan percuma. Lantas aku search di mphonline.com, harganya adalah RM 29.90, mak oiiii mahalnya.
3. Berkenaan novel ini juga, dengan kulit muka buku yang kurang menarik, maka Ikin dan Darren menempelak kerana aku memilih untuk membaca buku ini. Setelah khatam, gaya buku ini sama seperti buku-buku keluaran fixi.com. Aku suka!
4. Mendapat maklumat tambahan dan pandangan sudut berbeza mengenai LGBT (lesbian, gay, bisex dan transgender).
5. Faham apa itu limau nipis.
6. Nizam Zakaria seperti dekat dengan diri ini kerana latarbelakang cerita di Jalan Telawi, kedai buku, Bangsar dan Kahar/MR.K pernah menuntut di sekolah agama.
tlg review lg psl novel ni??
ReplyDeletehuhu