Search This Blog

Oct 13, 2011

2011...sialpalis

Hai 2011...belum pun Disember, aku macam dah tak semangat nak melayari tahun 2011 ni...Tahun yang betul- betul malang bagi aku...Macam dah tahap kena mandi bunga...Kenapalah semua ini terjadi? Oh apakah?

Berada di kedudukan hidup sekarang ni memang betul-betul memuhasabahkan diri. Hampir setiap hari aku ingat semula zaman-zaman kejatuhan yang pernah aku lalui *aihla tulis ni pon rasa nak menitik je airmata wanita*...Everyday I keep telling myself to not give up...Telan je cakap-cakap dan pandangan-pandangan yang tak membina...Senyum je...

Kerja sekarang pun dah tak mencabar, crowd yang tak memberansangkan...tapi dapat boss and colleagues yang baik...dulu masalahnya, boss jahat, tak nak promot saya sampai sanggup cakap kat HQ tiada vacancy untuk position supervisor, sampai saya kena transfer ke Bangsar..tapi lepas tu ex boss hire SUPERVISOR dan MANAGEMENT TRAINEE...haaa nampak sangatkan  PHD...tak pe la...siapalah saya pada masa ni? graduan yang segar dari ladang je...sekarang ni bertahanlah ye kerja dengan orang baru yang tiada experience dan seorang executive yang pemalas kat bookshop kau tu...Congratulations!*sarcasm*

Tawaran lain yang datang buat masa sekarang ni terpaksa tolak sebab nak tolong boss buat book fair bulan depan...harap ini yang terakhir, kalau tiada apa-apa lagi yang menarik hati, lebih baik aku ucap selamat jalan...muahhhh *ihihihi* sambil gelak gatal



updated: haa nak cakap padan muka kat kau sebab dengki sangat dengan aku...sekarang bayarlah RM3900, kedai kecik pon tak boleh nak jaga...karma FTW! pencuri pon tak agak-agak nak curi buku kat kedai kau



Sep 4, 2011

Khatam

Berakhirnya sebuah penulisan yang tidak matang

Aug 16, 2011

FRESH START

Awatla posts before entry ni banyakla yang negatif?Bye bye problem....Bersedia untuk sesuatu yang lebih baru

Jul 29, 2011

Expectation

Gaji nak lebih, pangkat nak besar, tapi tanggungjawab nak kurang....
Gaji nak lebih, pangkat nak besar, tapi malas nak belajar....
Kutuk bos sana kutuk bos sini, tapi kau dengan kutukan kau tak jauh kurang....
Penakut nak terima cabaran, mimpilah kau makan gaji tinggi....
Sepuluh, sebelas tahun dalam syarikat tapi masih di takuk lama....motivasi pon kurang....
Susah hati ada insan lebih cemerlang, lebih berkemahiran, lebih azam dan tekad....jangan bagi ajaran takut tergugat kedudukan, aiyooo sampai bila diri nak maju?


Saying that I am not fulfil your expectation behind my back, it is your problem. Why don't you say it on my face? Confusing me, either you actually don't have any expectation or I did not fulfil any of them?...Come on say it on my face...What is your expectation?



Jujur itu satu anugerah!


Jul 26, 2011

MY FIRST CAREER DEVELOPMENT!

CANT WAIT TO SHARE, ONCE CONFIRM I WILL TELL YOU!

Jul 23, 2011

Serata otak aku membiarkan aku menulis secara holistik

Hi kepada sesiapa yang membaca blog hidup tak segan mati memang tak mahu ni...haihla dah lama sangat tak menulis...padahal setiap minggu online...buka blog orang lain dan menikmati pengajaran dan ilmu hidup...ilmiah la sangat...hmm ilmu kehidupan yang tak aku pelajari dalam kemahiran hidup ...


Hari Sabtu semalam aku ada pergi temu duga di Petaling Jaya, outskirt Kuala Lumpur, tapi mak aih sibuk gila jalan kat sana...bosanlah macam ni...tak seswai dengan jiwa remaja aman damaiku...kalau anda seorang yang berjiwa suka bersaing mungkin sesuai...Kesimpulannya, Alhamdulillah temu duga tu dah tamat...nervous juga ye kali pertama temu duga...melihat riak nervous di dalam diri candidates lain membuatkan aku tidak merasa keseorangan...lega di situ... Bila memikirkan balik jawapan-jawapan yang aku berikan dalam temu duga tu rasa nak terjun bangunan je...kenapa begitu???ohh sungguh sekarang rasa nak terjun!


Ni semua gara-gara buat keputusan dalam keadaan emosi yang tak stabil! Kalau kena lagi lepas ni, aku bagi flying kick kat testisS kau tu kasi berderai...oh tak tak tak aku masih waras, cuma kaedah aku nak bunuh kau tu aku akan selidik dari CSI yang dah banyak seasonS tu...Tak payah nak tunjuk gampang sangat, dahla pekak!

Jun 22, 2011

Sebelum aku tak mengaku dia adik aku...

Selama ni aku ingat warga asinglah yang membebankan, menyusahkan,menyemak di negara ini...rupa-rupanya orang kita *read Malaysian especially Melayu* adalah lebih teruk daripada itu. Dah nak jadi blog Cursing Malay: Terus Terang pulak dah blog aku ni...Kalau orang Melayu yang membaca blog ni, jangan nak melenting tak tentu pasal...baca dulu sebab-sebab kenapa aku kata Melayu paling hamlau buat masa ini;

  1. Kisah mak cik aku di Pahang: Makcik aku tinggal di sebuah kampung di Pahang dan beliau memiliki sebuah kedai runcit yang turut menjual minyak masak. Nak dijadikan cerita, suatu hari ada pelanggan datang hendak membeli minyak masak dan pada waktu itu lampu kedai pon dah dipadamkan/black out *x ingat*. Makcik saya telah menggunakan lilin untuk membantu beliau membungkus minyak masak yang dikehendaki pelanggan, malangnya lilin tersebut terjatuh ke dalam minyak masak itu dan kebabooo kedai terbakar. Nak tahu sapa yang tolong dia selamatkan barang-barang kedai???Jawapannya MAMAT BANGLADESHI...padahal rumah-rumah orang MELAYU tak sampai 10 meter jauhnya dari kedai beliau.
  2. Adik lelaki aku berkawan dengan penyamun-penyamun (adik-beradik) yang berbangsa Melayu, suspek- suspek yang ditahan di lokap kerana menyamun pekerja Nepal pada November 2010. Bapa penyamun merupakan seorang peniaga air tebu, mencari rezeki halal untuk anak-anak habiskan dengan membeli rokok dsb. Sebelum ditangkap kerana menyamun, bapaku dan sahabatnya pernah menegur si Penyamun, namun dibalas dengan tuba apabila kakak penyamun memarahi bapaku dan sahabatnya. Tujuanku bukan untuk mengaibkan keluarga penyamun, tapi aku buntu mengapa adikku masih lagi mahu berlepak membuang masa dengan orang yang gelap masa depan, jahil, berperangai syaitan yang amat suka membuang masa? Kenapa adikku? Kenapalah tiada seorang pun kawan kau yang berjaya, menjadi contoh dan ikutan? Janganlah nak buat drama Melayu dalam keluarga kita adik.
  3. Banyak lagi sebenarnya contoh2 sohai dalam berjiran dengan MELAYU...hmm macam adalah seorang makcik tu suka berlagak up up kan anak dia...banding-bandingkan IQ anak dia dengan adik lelaki aku yang sebaya dengan anak dia...haih lepas je UPSR diumumkan anak dia tu BERJAYA dapat 3A 2B...terus senyap...malu letteww dengan adik kita...