Berakhirnya sebuah penulisan yang tidak matang
dulu ianya untuk relief stress, suke suki dll...sekarang; tempat menyimpan memori
Search This Blog
Sep 4, 2011
Aug 16, 2011
FRESH START
Awatla posts before entry ni banyakla yang negatif?Bye bye problem....Bersedia untuk sesuatu yang lebih baru
Jul 29, 2011
Expectation
Gaji nak lebih, pangkat nak besar, tapi tanggungjawab nak kurang....
Gaji nak lebih, pangkat nak besar, tapi malas nak belajar....
Kutuk bos sana kutuk bos sini, tapi kau dengan kutukan kau tak jauh kurang....
Penakut nak terima cabaran, mimpilah kau makan gaji tinggi....
Sepuluh, sebelas tahun dalam syarikat tapi masih di takuk lama....motivasi pon kurang....
Susah hati ada insan lebih cemerlang, lebih berkemahiran, lebih azam dan tekad....jangan bagi ajaran takut tergugat kedudukan, aiyooo sampai bila diri nak maju?
Saying that I am not fulfil your expectation behind my back, it is your problem. Why don't you say it on my face? Confusing me, either you actually don't have any expectation or I did not fulfil any of them?...Come on say it on my face...What is your expectation?
Jujur itu satu anugerah!
Jul 26, 2011
Jul 23, 2011
Serata otak aku membiarkan aku menulis secara holistik
Hi kepada sesiapa yang membaca blog hidup tak segan mati memang tak mahu ni...haihla dah lama sangat tak menulis...padahal setiap minggu online...buka blog orang lain dan menikmati pengajaran dan ilmu hidup...ilmiah la sangat...hmm ilmu kehidupan yang tak aku pelajari dalam kemahiran hidup ...
Hari Sabtu semalam aku ada pergi temu duga di Petaling Jaya, outskirt Kuala Lumpur, tapi mak aih sibuk gila jalan kat sana...bosanlah macam ni...tak seswai dengan jiwa remaja aman damaiku...kalau anda seorang yang berjiwa suka bersaing mungkin sesuai...Kesimpulannya, Alhamdulillah temu duga tu dah tamat...nervous juga ye kali pertama temu duga...melihat riak nervous di dalam diri candidates lain membuatkan aku tidak merasa keseorangan...lega di situ... Bila memikirkan balik jawapan-jawapan yang aku berikan dalam temu duga tu rasa nak terjun bangunan je...kenapa begitu???ohh sungguh sekarang rasa nak terjun!
Ni semua gara-gara buat keputusan dalam keadaan emosi yang tak stabil! Kalau kena lagi lepas ni, aku bagi flying kick kat testisS kau tu kasi berderai...oh tak tak tak aku masih waras, cuma kaedah aku nak bunuh kau tu aku akan selidik dari CSI yang dah banyak seasonS tu...Tak payah nak tunjuk gampang sangat, dahla pekak!
Jun 22, 2011
Sebelum aku tak mengaku dia adik aku...
Selama ni aku ingat warga asinglah yang membebankan, menyusahkan,menyemak di negara ini...rupa-rupanya orang kita *read Malaysian especially Melayu* adalah lebih teruk daripada itu. Dah nak jadi blog Cursing Malay: Terus Terang pulak dah blog aku ni...Kalau orang Melayu yang membaca blog ni, jangan nak melenting tak tentu pasal...baca dulu sebab-sebab kenapa aku kata Melayu paling hamlau buat masa ini;
- Kisah mak cik aku di Pahang: Makcik aku tinggal di sebuah kampung di Pahang dan beliau memiliki sebuah kedai runcit yang turut menjual minyak masak. Nak dijadikan cerita, suatu hari ada pelanggan datang hendak membeli minyak masak dan pada waktu itu lampu kedai pon dah dipadamkan/black out *x ingat*. Makcik saya telah menggunakan lilin untuk membantu beliau membungkus minyak masak yang dikehendaki pelanggan, malangnya lilin tersebut terjatuh ke dalam minyak masak itu dan kebabooo kedai terbakar. Nak tahu sapa yang tolong dia selamatkan barang-barang kedai???Jawapannya MAMAT BANGLADESHI...padahal rumah-rumah orang MELAYU tak sampai 10 meter jauhnya dari kedai beliau.
- Adik lelaki aku berkawan dengan penyamun-penyamun (adik-beradik) yang berbangsa Melayu, suspek- suspek yang ditahan di lokap kerana menyamun pekerja Nepal pada November 2010. Bapa penyamun merupakan seorang peniaga air tebu, mencari rezeki halal untuk anak-anak habiskan dengan membeli rokok dsb. Sebelum ditangkap kerana menyamun, bapaku dan sahabatnya pernah menegur si Penyamun, namun dibalas dengan tuba apabila kakak penyamun memarahi bapaku dan sahabatnya. Tujuanku bukan untuk mengaibkan keluarga penyamun, tapi aku buntu mengapa adikku masih lagi mahu berlepak membuang masa dengan orang yang gelap masa depan, jahil, berperangai syaitan yang amat suka membuang masa? Kenapa adikku? Kenapalah tiada seorang pun kawan kau yang berjaya, menjadi contoh dan ikutan? Janganlah nak buat drama Melayu dalam keluarga kita adik.
- Banyak lagi sebenarnya contoh2 sohai dalam berjiran dengan MELAYU...hmm macam adalah seorang makcik tu suka berlagak up up kan anak dia...banding-bandingkan IQ anak dia dengan adik lelaki aku yang sebaya dengan anak dia...haih lepas je UPSR diumumkan anak dia tu BERJAYA dapat 3A 2B...terus senyap...malu letteww dengan adik kita...
May 27, 2011
Esok Hari Baru
#versi edit 80 juta kali#
Alhamdulillah, impian nak kerja di MPH tercapai...small target tercapai *yosh!!!*...I ingat Mr Richard memberikan harapan palsu sebab dateline dia nak panggil I kerja sampai Selasa je. So I budget MPH tak nak terima I dah sobsob. Hinggalah petang tadi, beliau call saya minta hadiri temu duga. Jeng3 someone's envy me..haijyo kerja biasa2 je kot Customer Service Assistant, sabo jela...
Pagi tadi pula, I dapat call daripada Miss Halina from Emerio, confirmkan I untuk post HR Executive di TATA Consultancy Services, anak syarikat Emerio. Humangai terkejutla jugak sebab baru semalam kot I hantar resume...but but but (read with nada Joyah) I bukan confirm dapat interview apatah lagi kerja dengan mereka, kena tunggu saringan daripada BOD of TATA. Perks if I employed by TATA: salary MYR 1800, working at KLCC, using all the knowledge n skills i've learn during my university year (specialist in training, which is totally my major) but the job is only for a time being, contract for 12 months.
Ada berani? opps lupa nak bagitau, mereka mencari seseorang yang amat mahir dalam berkomunikasi kerana pekerjaan tersebut require heavy presentation. Pergh berbelah bahagi juga rasa, bagi memastikan tiada berlakunya 'yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran' maka stick to the plan A. Kita mula dari bawah dulu, develope career dari bawah kaki gunung ye Sakinah!
p/s: Tetibe rasa malas la pulak nak kerja esok, tapi Izz kata: Fikir tentang duit di hujung bulan. ($.$) SEMANGAT!!!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)