Search This Blog

Dec 18, 2010

Setia bersama...harap selama- lamanya, tapi tak mungkinlahhhh

Sebab tak ada benda yang kekal abadi selain Allah...Dah setahun hidup dengan blog blog blog...Cheers!!!...thick and thin hidup I, dicurahkan dekat sini walaupon bukan semua perkara boleh dikongsi bersama tapi tetap memberikan kepuasan...Buat insan yang suka membaca seperti saya, blogging merupakan aktiviti sangat seronok, sebab bahan bacaan adalah free free dan FREE...dan sebagai pembaca perlulah memilih blog-blog yang dapat membuka minda dan menambah pengetahuan, barulah dapat menjana minda...

Okay, edisi kali ni I nak complain sikit la pasal surat tawaran sarjana bersyarat daripada UTM...bukan nak gebang sangat pon I dapat tawaran buat research master daripada UTM sebab mostly kawan-kawan satu fakulti dapat tawaran ni dan yang lebih baik ada yang dapat tawaran melanjutkan pelajaran ke tahap PhD terus, well done girlS!!!...yang tidak menggembirakan saya adalah surat yang datang tu macam TAK ikhlas je nak minta kami sambung pelajaran, dahlah kemek2, pastu bole pulak kertas tu dipotostat macam nak tak nak je...terukla...lagi borang pemeriksaan kesihatan tak boleh blah, kerani tu mabuk agaknya time potostat , senget benget okeh!...ejaan untuk penjaga dalam Bahasa Inggeris, dieja sebagai gurdian???Hello...sungguh tak ikhlas...kalau I yang jadi lecturer, jumpe hasil kerja student macam ni, konfem fail okay...BOO BOO BOO KERANI-KERANI FPPSM... dan lagi satu saya pnah nampak mereka ponteng kerja untuk menghadiri bengkel grooming anjuran Clinique, sebab I pon attend course tu...amboi3 patutlah lambat je nak insert delete BOO BOO BOO...ye kerani di FFPSM sahaja, kerani fakulti lain saya tak examine la pula...tapi saya tabik juga kerani-kerani lain di HEMA UTM, Pejabat Bendahari UTM, di pejabat kolej KTR....mereka sangat baik okay, no muka muka ketat-ketat except MAKCIK YANG JAGA KAUNTER PTPTN kat HEMA BOOOOOOOOO sama dia, sebab memang sangat kahau seperti orang Melaka...since I tak pinjam daripada PTPTN lagi maka xde la heran...Makcik, u really need to attend training untuk counter service, too bad makcik, way too bad...sape ntah yang ambik makcik ni kerja???...accept error betul...accept error itu term HR yang bermaksud kesalahan dalam pengambilan pekerja.

I memang ada hati dan perasaan nak sambung master cuma bukan lagi dibidang Human Resource Development, dan bukan aku tak cinta sama kamu HRD, juz nak jadikan diri lagi market, I nak ceburi Business Administration pulak...kalau I ada ilmu HRD + Business Admin maka I lebih bersedia nak jadi HR Officer...tapi kalau nak sambung business, memerlukan pengalaman kerja, I pon taknak la terus belajar masuk-masuk kelas cuz nanti banyak sangat tanda soal dalam kepala, sebab business admin ni lainlah daripada HRD...lagipon duit, I MANA ADA DUIT...sangat kasihan okay kepada mak dan ayah kalau masih nak harapkan diaorang...scholarship???belum pasti boleh dapat...urh malas nak pk sebab masih ada satu semester lagi....ye kita jayakan dahulu semester hadapan


Haa lagi satu saya dah daftar sebagai pengundi dengan kakitangan SPR semalam dekat Mydin, tapi peliklah sebab next three months kena layari laman web SPR untuk tahu sama ada nama saya dah masuk sebagai pengundi atau belum...apa????TIGA BULAN???...macamlah Putrajaya tu dekat planet Marikh...bagi saya terlalu lama okey! papepon, set reminder tiga bulan dari sekarang baru boleh tahu adakah sudah confirm saya boleh mengundi...okey sape2 dah umur 21 tahun, jomlah daftar... dan maknanye setiap 4 tahun kena buat solat istikharah untuk memilih pemimpin yang berkaki lebar dan berdada seksi...




Dec 15, 2010

decided

i've made my decision: kali ini aku nak jadi selfish...u can go to hell...dah banyak duit aku lebur dan labur...ade kau kisah...pandai cakap pandai gebang memang senang...aku tak pandai...aku bukan nak jadi ahli politik macam kau...blergh...semua yang kau buat ikut kepentingan kau...kehendak aku???...aku tak suka buat benda yang sia-sia...makan hangin (masuk angin keluar asap angin jugaklah kan)...zero...i want to learn something, share knowledge...bukan suka-suka...urghhhhhh...apsal la aku jadi labu yang ikut si luncai, maka terjadi: biarlah si luncai terjun bersama labu-labunya...if u can satisfy my need, well then i don't care about the expenses...

Dec 11, 2010

kenapa dalam hidup ni mesti ada seorang lelaki yang buat kita rasa sedih dan frust di saat-saat otak menjadi kosong dan malas berfikir



Dec 9, 2010

Kesimpulannya

Rindunya dah lama x tulis-tulis kat blog, yela sejak my luvly baby rosak + exam yang hard core, tapi tetap maintain baca belogS blogger lain...maka sempat jugak ikut2 blog yang best-best...terlalu banyak nak digebangkan...nak mulakan yang mana satu ni?...okay kita amik yang fresh hot story dulu ye...RESULT senarai tampal dah keluar...Alhamdulillah syukur sangat-sangat...walaupon tak menepati ramalan tapi really beyond my expectation...kan best jika selalu begitu...Alhamdulillah, rasa banyak sangat kasih, rahmat yang dilimpahkan oleh Allah kepada hamba hina ini...dosa berkati-kati tapi dia masih memakbulkan doa...Tahniah jugak kat kawan2 yang lain, resultS kita gempak-gempak kali ini...serius macam tak percaya, bila carry mark 43/60, 48/60...memang tak selamat nak dibawa ke peperiksaan...dasar bersenang-senang dahulu, bersakit-sakit kemudian menjadi juga...risau jugak la sebab semester ni terlalu banyak ponteng kelas **ada sebab yang agak munasabah**...sibuk memanjang...masalah di kiri dan kanan...life sebagai student lahh katakan....

Akhirnya tahun ni i dah jadi pesara Jawatankuasa Kolej Mahasiswa KTR....antara suka dan duka...ya itulah perasaan saya sekarang....i used to be a busy woman, nex semester i tak taw hidup i macamana...time management???ouh scary okay!!!....terlalu banyakkah masa untuk dibuangkan??....Actually, tak rugi okay kalau kita aktif semasa zaman universiti...we can get to know many people, kenal siapa sahabat dan siapa kawan **sahabat tak ramai tapi kawan bersepah-sepah**, yang paling penting i lebih kenal diri i sendiri selepas join JKM...in certain condition, you will realise your strength n weakness...berpeluang majukan diri...belajar daripada pengalaman orang lain...belajar management...even bukan macam kerja betul-betul, tapi as HR developer I dapat kenal perangai-perangai manusia sebagai persediaan nak kerja nanti....DUDUK KAT BILIK TAK DAPAT SEMUA NI KAN???...yeke???tepuk dahi jawab sendiri....lagipon, I masuk u n bayar yuran, so GRAB THE OPPORTUNITIES....gunakan segala peluang n facilities yang ada dengan sewajarnya....itu duit titik peluh my parents okay!...TERIMA KASIH SAYANG BANYAK-BANYAK KEPADA SESIAPA YANG PERNAH TERLIBAT DENGAN JKM KTR 2009 & 2010...

In conclusion for this semester and year of 2010...penuh pengisian sampai I tak sedar usia 21 tahun ini akan berlalu...ape dah 21???serius I tak terasa pon...mungkin sebab dah lama jadi 21...orang lain maybe baru nak dapat kunci kebebasan...rasa bebas daripada mak bapak...tapi i dah lama rasa bebas itu, bebas buat keputusan sendiri...dan seperti yang i dah azamkan, 2010 memang tahun kejayaan...letak beberapa biji target dan capainya...ada yang sangkut dan masih tinggal lagi satu je yang belum dapat...jeng jeng jeng...malas nak berahsia : SOULMATE....ya soulmate...ape ingat senangke???...susah taw...bukan ade dekat pasaran mamat yang i nak tu...takde okay takde...susah nak cari...he is rare...bukan mamat sepah-sepah species buaya darat, kaki kebas duit awek, belum jadi suami nak pegang-pegang, otak kosong, gatal, mat gian, atau mamat yang dah couple dengan berpuluh-puluh awek sejak zaman tak sunat lagi....i nak seorang lelaki yang selalu couple dengan Al Quran...tak dapat yang macamni, bujang sampai ke tua pon i tak kisah