Search This Blog

May 27, 2011

Esok Hari Baru

#versi edit 80 juta kali#

Alhamdulillah, impian nak kerja di MPH tercapai...small target tercapai *yosh!!!*...I ingat Mr Richard memberikan harapan palsu sebab dateline dia nak panggil I kerja sampai Selasa je. So I budget MPH tak nak terima I dah sobsob. Hinggalah petang tadi, beliau call saya minta hadiri temu duga. Jeng3 someone's envy me..haijyo kerja biasa2 je kot Customer Service Assistant, sabo jela...

Pagi tadi pula, I dapat call daripada Miss Halina from Emerio, confirmkan I untuk post HR Executive di TATA Consultancy Services, anak syarikat Emerio. Humangai terkejutla jugak sebab baru semalam kot I hantar resume...but but but (read with nada Joyah) I bukan confirm dapat interview apatah lagi kerja dengan mereka, kena tunggu saringan daripada BOD of TATA. Perks if I employed by TATA: salary MYR 1800, working at KLCC, using all the knowledge n skills i've learn during my university year (specialist in training, which is totally my major) but the job is only for a time being, contract for 12 months.

Ada berani? opps lupa nak bagitau, mereka mencari seseorang yang amat mahir dalam berkomunikasi kerana pekerjaan tersebut require heavy presentation. Pergh berbelah bahagi juga rasa, bagi memastikan tiada berlakunya 'yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran' maka stick to the plan A. Kita mula dari bawah dulu, develope career dari bawah kaki gunung ye Sakinah!


p/s: Tetibe rasa malas la pulak nak kerja esok, tapi Izz kata: Fikir tentang duit di hujung bulan. ($.$) SEMANGAT!!!!!


May 26, 2011

Tahukah anda?

Tahukah anda kali ini akan membawa pembaca untuk lebih kenal siapa saya. Tanpa membuang masa, sila baca senarai berikut:

1) Saya tak boleh mengumpat orang kerana cepat je balasan akan kena semula kepada saya. Well that's why kadang2 aku mengelak je daripada mengumpat.

Random Fact:U shud know that mengumpat is seronok bagi kalangan perempuan walaupun berdosa di sisi Islam ibarat memakan daging saudara sendiri. My English lecturer at KMJ said, gossiping @ mengumpat dapat menjalinkan silatur rahim dan juga relief stress, setuju untuk certain keadaan.

Tapi nak buat camane, kalau mengumpat je mesti lepas tu ade je benda tak kena jadi kat I. In example, petang tadi masa tengah goreng keropok ikan sambil mengomel n mengumpat, I terkena minyak panas. Ciss kurang satu dirham hantaran. Time sekolah dulu pulak, kalau mengumpat A, tup3 jap lagi A akan lalu di kawasan I *tsk tsk tsk*, berderau darah okey. Disebabkan itu, lama kelamaan habit mengumpat ni dapat la dikurangkan u.u

A(*bukan nama sebenar)

2) Seorang yang kepala angin/panas baran.
Sesiapa yang tak kenal atau belum pernah berkawan rapat dengan I mesti kata I ni baik, peramah, suka melawak n so on, yang baik-baik je. Kalau aku dah rasa annoyed means once u pull the trigger, u know me well mesti korang nak lari jauh2 je daripada aku sebab I peramah pemarah okay, cepat je button anger tu nak berbunyi. Jangan la nak buat lawak2 bodoh time aku hangin. Mulut aku pon boleh tahan bisa, well dah bertahun-tahun sekolah kat Melaka, sedikit sebanyak ada la terkenan bahasa Melaka. Bukan susah nak tau I marah ke tak, tengok complexion je dah tau. Marah tak bersebab tu bukan saya, but u have to figure out yourself kenapa dan mengapa I marah, xde keje aku nak explain kat ko melainkan kalau ko nak pelempang jepun dan makan penendang, paling-paling pon aku hadiahkan kau jelingan malaikat maut.

Kalau time kecik2 jangan citer arh, belasah memblasah dah jadi amalan harian. Dah makin besar nafsu amarah makin menurun, itu pun sebab satu kejadian time form 1. Ada seorang budak yang bernama Uya ni suka sangat menyakat. Satu hari, aku tengah sapu sampah dalam kelas 1 Sofea @ 1 Saudah (pilihlah mana-mana yang glemer yang penting 1S), minah ni pulak sibuk2 ejek orang kambing, kena pulak aku dipanggilnya kambing, pang!!!sedas tembakan pelempang aku hadiahkan kepadanya. Pergh gila x gila arh, malam tu naik aras 4, aku kena lecture free daripada Kak Pah, sepupu Uya. Nangis sial, budak form 1, kecut ar kena panggil ngan senior form 5. Sejak itu aku jadi kurang berani nak marah2, dan belajar menjadi seorang yang sabar. Ada hikmah di situ kena marah, kalau tak sampai bila-bila aku pegang title Singa. Bukan elok sangat kalau jadi pemarah ni, lepas marah confirm akan menyesal, and i HATE guilty.

2 je dulu, ok? kang banyak2 senarai negatif ni, xde sapa nak kawin kawan ngan aku lagi

pergh muka cam mintak pelempang


May 20, 2011

Starter and Finale

Kalau gembira, dekat kucing pun i senyum lebar-lebar sampai ke telinga...Macam semalam setelah pulang daripada interview kerja dan tengok pilem Nur Kasih the Movie...wallah...Kalau ade rezki insya Allah, i diterima kerja sebagai sales assistant kat MPH Mahkota Parade pada hari Selasa akan datang...Semalam my best friend sama nama, Nur Sakinah Mohd Yassin temankan I pergi cari kerja...kerja ni I aim dah lama dah...harap-harapnya dipermudahkan...walaupun mestilah ada di kalangan kawan-kawan yang akan cakap hek eleh, sales assistant pon nak kecoh ke?...huhu...ye kawan-kawan, setelah fikir masak-masak I memang nak mula daripada bawah/from ground zero...merasai bagaimana perasaannya menjadi coolie...yang kerja kat situ pon bukan orang biasa2, yang jadi cashier tu bakal lawyer, part timer je dekat MPH...before ni pon ada budak Medic yang keje before fly, ni Mr Richard yang bagitau...Good3, bole exchange knowledge and networking...do not expect anything but prepare for the worse...eh jap3, jalan2 I nampak ini, Butik Zaza


Zaza buka butik tanpa pengetahuan I


Result semester ini dah keluar...first time dalam hidup di UTM, I dapat C+...thank Dr Shah Rollah, saya amat memahami ajaran Doc!~sarkastik yawww~junior2 please take note, batch kamu kena guna aircond lagi power ok...OD and IRL pon I tak SCORE, takpe2 I pon dah cakap A tak penting, yang penting ilmu tu melekat dekat otak I...kira punya kira, semester ni I hanya mampu capai 3.27+/- sahaja...penyudahnya, kalau menangis air mata darah sekalipun xde guna, bersyukur kerana tak perlu mengulangi mana-mana subjek...thanks Allah...uolls dijemput menghadiri majlis konvokesyen I...jangan malu-malu nak bawak bunga @ teddy bear besar untuk I ok...tarikh akan diberitahu kemudian...

May 18, 2011

Ehem-ehem


Lelaki di luar sana yang memasang angan-angan mahu memenuhkan kuota, sila contohi Abang Jem. Entah kenapa, saya suka melihat mereka.