Search This Blog

Dec 27, 2012

2012-tak jadi kiamat pulak

Wahai blog yang tiada siapa peduli, terima kasih menjadi peneman sampai ke hari ini.

1. Saya sedang berada di Melaka, setelah dua hari meninggalkan Penang dengan hati yang berat dan pilu. Ku tinggalkan bos, rakan sekerja, rakan seperjuangan, rakan seuniversiti, rakan serumah, juga orang yang dicintai. Masing-masing perlu tabah teruskan hidup. *tarik nafas dalam-dalam dan hembus*

2. Akan berkelana di Cyberjaya bekerja di syarikat minyak seteru kepada Petronas. *lambai-lambai kepada kak Roe (if you read this)*

3. Penang is a good place but not the road and the road users, jalan berlubang-lubang terutamanya selepas hujan lebat, penunggang motosikal yang otai, satu lane tu memang untuk depa ja.

4. Memulakan tahun 2012 dengan perasaan loser dan mengakhiri tahun ini dengan perasaan tenang. Syukurlah.

5. Jumpa rumah sewa yang paling best di Penang, flat tiga bilik (antara flat yang terbesar di Penang), lengkap dengan tv, astro, wifi, mesin basuh, dapur gas, peti ais dan housemate yang super baik, sewa yang bayarannya RM 90 - RM125 sebulan. Demi Allah yang maha Penyayang, terima kasih menemukan kami dengan rumah ini. Parahnya, bila nak kena tinggalkan semua ini demi ambisiku, hati saya pilu.

6. Dalam setahun, dua kali perpisahan yang perlu tempuh. Penat tau nak nangis-nangis.

7. Tinggalkan Penang, ada dua hati yang sangat terluka.

8. Macam-macam pengalaman ada, manage to went for a date with handsome boy but yeah different boy same mistake, accident melibatkan 3 kereta dan aku di tengah-tengah, dapat kerja permanent dengan tempoh percubaan dipendekkan (nikmat Allah), awesome classmate yang dijumpai di PSDC; we got dancer, model etc etc in the class dan sebagainya. Thanks Allah.

9. Terima kasih kerana baca, semoga kamu bertemu tuah.

Jul 20, 2012

Kerja

1. Hari ini 1 Ramadhan
2. Saya dapat dah kerja dalam bidang yang sama dipelajari ketika universiti. Rupa-rupanya rezeki di Pulau Mutiara.
3. Sudah 4 bulan tak balik Melaka. Malas sebenarnya, bukan rajuk.
4. Kehidupan masih lagi tertampung.
5. Saya bahagia.

Mar 17, 2012

kontang

macam ni rasanya bila berpisah
sedih
masih ingat lagi kali pertama
ada pelangi menemani pagi
indah benar
seolah-olah Dia turut sama meraikan

Feb 21, 2012

Situasi

1. Haish dah cakap dengan bos nak berhenti kerja bulan hadapan.

2. Ingat senang ke? amik nafas panjang sebelum melontarkan suara. "Been there, done that". Boss macam sedih? Aih macam je ke betul-betul? Huhuhu.

3. Minta- mintalah abah dan mak Ikin izinkan dia ke PSDC.

4. Kalau tak sorang-sorang je la nanti.

Feb 13, 2012

mari bercerita

1. Bagaimana nak terjemahkan sesuatu yang seronok? Aku kalah dan lemah dalam bab penceritaan. Masalah yang aku hadapi adalah orang sekeliling susah nak fahami apa yang aku sampaikan. Ya ya aku perlu perbaiki sudut itu.

2. Hari ini aku baca novel Seri Tertangguh oleh Nizam Zakaria. Beberapa hari sebelum baca novel ini, aku selalu lihat twitter dengan tweethandle Nizam Zakaria, lalu hari ini aku ikut dia di twitterjaya. Mengenai novel ini, aku tidak membelinya, beli majalah cosmopolitan maka layak untuk miliki novel ini dengan percuma. Lantas aku search di mphonline.com, harganya adalah RM 29.90, mak oiiii mahalnya.

3. Berkenaan novel ini juga, dengan kulit muka buku yang kurang menarik, maka Ikin dan Darren menempelak kerana aku memilih untuk membaca buku ini. Setelah khatam, gaya buku ini sama seperti buku-buku keluaran fixi.com. Aku suka!

4. Mendapat maklumat tambahan dan pandangan sudut berbeza mengenai LGBT (lesbian, gay, bisex dan transgender).

5. Faham apa itu limau nipis.

6. Nizam Zakaria seperti dekat dengan diri ini kerana latarbelakang cerita di Jalan Telawi, kedai buku, Bangsar dan Kahar/MR.K pernah menuntut di sekolah agama.

Jan 31, 2012

Lewat hari aku

1. Alala lamanya dah tak ber-update blog ni

2. Bukak dashboard tengok stat, ada yang jumpa blog yang tak semenggah ni dengan keyword ' Wan Muhd Madhi Wan Abdullah'...kalau bukan junior forecast yang admire Madhi tentulah dia sendiri yang google nama dia kan? ahakhahaha

3. Dahla dah lama tak update tapi bila update entry macam haram.

4. Eh lupa nak bagitahu, tahun 2012 ni saya dah meningkat ke umur 23 tahun..terasa agak tua...ahh lantaklah

5. Diri masih begini, kerja kerja kerja lalalala tapi masuk je tengah bulan sampai hujung bulan dah macam fakir miskin..."Wahai Tuhan yang duduk di singgahsana langit ketujuh, inikah kehidupan yang Kau berikan kepada aku?" - Andrea Hirata, 2010

6. Walaupun aku miskin tapi tak naklah hinakan diri dengan tambah pendapatan secara shubahah/haram.

7. Dari sisi yang cerah pula, aku telah berjaya memiliki lesen kereta, bukan lesen terbang tau. Nak jadi terer bawa kereta auto macam aku kena pergi JPJ test sampai 3 kali, kalau tak cukup 3 kali maksudnya kau tak terer.

8. Mengenangkan diri yang lemah memandu secara manual, maka telah kibab viva  kepunyaan ayahanda, maka dengan ini kena bagi elaun kereta dekat ayahanda sekurang-kurangnya RM 100.00 setiap bulan.

9. Hajat hati nak tulis isi penting sampai aksara 10, akan tetapi otak/niat terbantut. Otak dan niat tidak relatif tapi keduanya menyebabkan aku tak mampu nak berfikir.

10. Aku tidak lagi comel tetapi masih aku. Apa aku cakap ni? Abaikan...