Search This Blog

Mar 17, 2012

kontang

macam ni rasanya bila berpisah
sedih
masih ingat lagi kali pertama
ada pelangi menemani pagi
indah benar
seolah-olah Dia turut sama meraikan

Feb 21, 2012

Situasi

1. Haish dah cakap dengan bos nak berhenti kerja bulan hadapan.

2. Ingat senang ke? amik nafas panjang sebelum melontarkan suara. "Been there, done that". Boss macam sedih? Aih macam je ke betul-betul? Huhuhu.

3. Minta- mintalah abah dan mak Ikin izinkan dia ke PSDC.

4. Kalau tak sorang-sorang je la nanti.

Feb 13, 2012

mari bercerita

1. Bagaimana nak terjemahkan sesuatu yang seronok? Aku kalah dan lemah dalam bab penceritaan. Masalah yang aku hadapi adalah orang sekeliling susah nak fahami apa yang aku sampaikan. Ya ya aku perlu perbaiki sudut itu.

2. Hari ini aku baca novel Seri Tertangguh oleh Nizam Zakaria. Beberapa hari sebelum baca novel ini, aku selalu lihat twitter dengan tweethandle Nizam Zakaria, lalu hari ini aku ikut dia di twitterjaya. Mengenai novel ini, aku tidak membelinya, beli majalah cosmopolitan maka layak untuk miliki novel ini dengan percuma. Lantas aku search di mphonline.com, harganya adalah RM 29.90, mak oiiii mahalnya.

3. Berkenaan novel ini juga, dengan kulit muka buku yang kurang menarik, maka Ikin dan Darren menempelak kerana aku memilih untuk membaca buku ini. Setelah khatam, gaya buku ini sama seperti buku-buku keluaran fixi.com. Aku suka!

4. Mendapat maklumat tambahan dan pandangan sudut berbeza mengenai LGBT (lesbian, gay, bisex dan transgender).

5. Faham apa itu limau nipis.

6. Nizam Zakaria seperti dekat dengan diri ini kerana latarbelakang cerita di Jalan Telawi, kedai buku, Bangsar dan Kahar/MR.K pernah menuntut di sekolah agama.

Jan 31, 2012

Lewat hari aku

1. Alala lamanya dah tak ber-update blog ni

2. Bukak dashboard tengok stat, ada yang jumpa blog yang tak semenggah ni dengan keyword ' Wan Muhd Madhi Wan Abdullah'...kalau bukan junior forecast yang admire Madhi tentulah dia sendiri yang google nama dia kan? ahakhahaha

3. Dahla dah lama tak update tapi bila update entry macam haram.

4. Eh lupa nak bagitahu, tahun 2012 ni saya dah meningkat ke umur 23 tahun..terasa agak tua...ahh lantaklah

5. Diri masih begini, kerja kerja kerja lalalala tapi masuk je tengah bulan sampai hujung bulan dah macam fakir miskin..."Wahai Tuhan yang duduk di singgahsana langit ketujuh, inikah kehidupan yang Kau berikan kepada aku?" - Andrea Hirata, 2010

6. Walaupun aku miskin tapi tak naklah hinakan diri dengan tambah pendapatan secara shubahah/haram.

7. Dari sisi yang cerah pula, aku telah berjaya memiliki lesen kereta, bukan lesen terbang tau. Nak jadi terer bawa kereta auto macam aku kena pergi JPJ test sampai 3 kali, kalau tak cukup 3 kali maksudnya kau tak terer.

8. Mengenangkan diri yang lemah memandu secara manual, maka telah kibab viva  kepunyaan ayahanda, maka dengan ini kena bagi elaun kereta dekat ayahanda sekurang-kurangnya RM 100.00 setiap bulan.

9. Hajat hati nak tulis isi penting sampai aksara 10, akan tetapi otak/niat terbantut. Otak dan niat tidak relatif tapi keduanya menyebabkan aku tak mampu nak berfikir.

10. Aku tidak lagi comel tetapi masih aku. Apa aku cakap ni? Abaikan...

Dec 8, 2011

rasa dan tahu adalah lain

Aku cuma nak cakap yang rasa itu lain daripada mengetahui. Jangan cakap kau faham bila kau tak pernah rasa. Jangan cakap kau empati bila kau tahu cerita sebab kau tak rasa. Nanti, bila kau rasa sendiri jadam itu baru kau boleh cerita. Mendengar sahaja tak cukup, memang tak cukup. Tapi nanti dah terhantuk baru nak terngadah? Ah ketika itu, nah rasakan. 


Sememangnya aku bukanlah seorang yang mendengar bulat-bulat kata orang, nanti bila dirasakan sendiri baru berkesan. Dengan rahmat tuhan, dibukakan pintu hati untuk bekerja daripada bawahan. Pengalaman hampir tujuh bulan sememangnya berkoyan-koyan. Aku mula mengenal titik hidup orang sekeliling. 

1) Bulan pertama rutin aku bangun seawal pagi untuk pergi kerja dengan menaiki bas. Rupa-rupanya perkhidmatan bas di Melaka masih lagi macam sial. Harapkan stesen bas sahaja maju tatapi mentaliti orang di dalamnya masih mentaliti kelas kelima. Oh lupa, kebanyakkan pengguna adalah foreigner dan buruh kasar. Mat Indon yang naik bas tu memang kurang ajar la, main tolak-tolak dengan perempuan. Sial kan? Pemandu bas memang kahau (orang Melaka pior *read pure*) jenis carut-carut  melainkan kita berbudi bahasa. To gain respect, earn it.

2) Ada seorang adik berumur lingkungan 10 tahun menjaja kuih-muih dari kedai ke kedai di shopping mall kapitalis pada week days (tak tahu apa alih bahasa). Dapat tahu dia juga menaiki bas untuk pulang, dan rumahnya lebih jauh daripada aku. Sudah tentu kau sampai rumah tatkala jam berdenting dua belas kali dik. Miskin? Duit? Kakak harap nasib adik berubah.

3) Aku dapat tahu semua rakyat MALAYSIA adalah sama sahaja tidak mengira kaum. Melayu malas? Aku jumpa Cina pemalas di tempat kerja. Tak perlu lagi klise. Aku dah lali dan benci bila mengaitkan sikap tertentu dengan kaum tertentu. Kita semua sama sahaja. Kalau sudah Meleis tetap Malaysia tak kira bangsa.

4) Semua orang nak barang baik pada harga yang rendah. Dan ini aku akan menyeranah dalam hati fuck you!

Dec 3, 2011

sedikit

Alhamdulillah seorang daripada sahabat sekolah menengah telah berkahwin. Teratur sungguh majlis Shera, memang sepadan dengan sikap dia yang sejak dari dahulu lagi teratur. Macam baru semalam rapat dengan Shera, makan beramai-ramai, belajar bersama-sama.Rasa gembira, teruja dan sedih bergabung. Terima kasih Tuhan untuk rasa ini.

Sampingan: Bila jumpa kawan lama macam-macam komen mula keluar. Kalau diteliti, semuanya telah berevolusi menjadi lebih baik. Syukurlah.

Nov 8, 2011

Titik di plot yang menarik

1. Pinjam buku dan baca like no tomorrow.
    Lazat rasanya.


2. Fine! Aku sanggup 'miskin' sorang-sorang, so please janganlah miskinkan orang-orang yang berada di sekeliling aku; in example my parents, family members, friends, colleagues etc etc.


3. Sedang belajar redho dan mengadaptasi diri dengan keadaan sekeliling. Walaupun diri berkuasa kuda tapi environment berkuasa kancil, so kenalah kayuh macam kancil.


4. Good luck, where are you? ish main sorok-sorok plak...