Search This Blog

Dec 27, 2012

2012-tak jadi kiamat pulak

Wahai blog yang tiada siapa peduli, terima kasih menjadi peneman sampai ke hari ini.

1. Saya sedang berada di Melaka, setelah dua hari meninggalkan Penang dengan hati yang berat dan pilu. Ku tinggalkan bos, rakan sekerja, rakan seperjuangan, rakan seuniversiti, rakan serumah, juga orang yang dicintai. Masing-masing perlu tabah teruskan hidup. *tarik nafas dalam-dalam dan hembus*

2. Akan berkelana di Cyberjaya bekerja di syarikat minyak seteru kepada Petronas. *lambai-lambai kepada kak Roe (if you read this)*

3. Penang is a good place but not the road and the road users, jalan berlubang-lubang terutamanya selepas hujan lebat, penunggang motosikal yang otai, satu lane tu memang untuk depa ja.

4. Memulakan tahun 2012 dengan perasaan loser dan mengakhiri tahun ini dengan perasaan tenang. Syukurlah.

5. Jumpa rumah sewa yang paling best di Penang, flat tiga bilik (antara flat yang terbesar di Penang), lengkap dengan tv, astro, wifi, mesin basuh, dapur gas, peti ais dan housemate yang super baik, sewa yang bayarannya RM 90 - RM125 sebulan. Demi Allah yang maha Penyayang, terima kasih menemukan kami dengan rumah ini. Parahnya, bila nak kena tinggalkan semua ini demi ambisiku, hati saya pilu.

6. Dalam setahun, dua kali perpisahan yang perlu tempuh. Penat tau nak nangis-nangis.

7. Tinggalkan Penang, ada dua hati yang sangat terluka.

8. Macam-macam pengalaman ada, manage to went for a date with handsome boy but yeah different boy same mistake, accident melibatkan 3 kereta dan aku di tengah-tengah, dapat kerja permanent dengan tempoh percubaan dipendekkan (nikmat Allah), awesome classmate yang dijumpai di PSDC; we got dancer, model etc etc in the class dan sebagainya. Thanks Allah.

9. Terima kasih kerana baca, semoga kamu bertemu tuah.

3 comments:

  1. hi sis.. bole tau x kt mane area umah tu? sy bru dpt join insep kt psdc

    ReplyDelete
  2. hi sis...area teluk kumbar...9 minit perjalanan ke psdc sekiranya tidak sesak dan lampu isyarat hijau sepanjang jalan

    -terlalu malas untuk log in gugel di komputer kawan dan yang benar,
    Lili Sakina

    ReplyDelete
  3. hi awk. tau tak contact number sape2 utk sewa rumah kt flat tu?

    ReplyDelete