Search This Blog

Mar 2, 2011

Erghh

Berhentilah menyakitkan hati orang. Cerek kata kuali hitam, padahal cerek pon sama hitam. Kalau cantik muka dan badan, tapi hati busuk banyak dengki buat apa? Perasan bagus! Bila saya diam bukan maknanya setuju, diam tanda setuju itu applicable kepada perempuan Melayu terakhir je. Saya perempuan Melayu terawal, maka bila diam maksudnya dalam hati saya tahan perasaan. Perasaan sama ada nak gelakkan awak puas-puas sebab awak tak habis-habis puji diri sendiri atau saya sedih sebab awak sedang memalukan diri sendiri. Suatu masa yang paling sesuai akan saya luahkan perkara ini dengan jujur, saya harap awak tidak berkecil hati. Atau nanti awak sendiri yang akan terkedu bila kebenaran terpampang di depan mata.

Tak perlu menjadi selfcentric. Tak perlu riak, hina serta memaki kerana awak bukanlah bagus sangat.
booooooooooooo...

No comments:

Post a Comment