
dulu ianya untuk relief stress, suke suki dll...sekarang; tempat menyimpan memori
Search This Blog
Mar 30, 2010
entri menangis lagi

i try to go on like i never knew you...
*haha macam kenal je ayat...
i wish i can
it's only a wish
eee..kenapa la tyme2 camni kau nak ade kat otak aku????y???yyyy????
cube la datang 2 taun lagi ke...ni la tyme2 nak exam mesti ade je mende2 complicated camnih....
ingat 2 taun lagi baru i pk pasal u..till then, take care~~
Mar 27, 2010
W Mohd Madhi W Abdullah

Mar 26, 2010
hmmmp.....
Bismillahirrahmanirrahim....
- Sikap sendiri: x pandai nak express feeling dan project wut i think so ppl around me think i'm doing certain2 things becuz i want to hurt them...sumpah time aku bolayan sumone tuh cakap sbb dia tetibe kaitkan hal yang dibincangkan dengan perkara yang tak berkenaan dan membawa kepada dosa mengumpat. Then, dia rasa aku ignore dia, yes i do ignore u sbb tak nak la share dosa mengumpat sama2. Tapi guilty gak kat dia sbb buat dia rasa terabai...aiyoo macamana nak elakkan orang2 yang 'gemar' mengumpat???...Awak janganla suka kutuk orang kat belakang...kalau berani cakap depan2 dah...lagi2 kalau yang awak umpat tu tak buat dosa pon dengan awak...*sambil2 tu saya ingatkan diri sendiri juga<3
- Dah lama i tak balik rumah jumpa mak ayah n adik2....Sumpah walau mereka gemar menyakitkan hati saya tapi mereka juga yang saya rindu di kejauhan...kakak juga saya rindu...belajar rajin2, try as hard as u can my dear...
- Kawan....Saya ada kawan yang pernah menjadi teman rapat saya, pernah????hmmph sebab dia dulu yang saya fikir saya kenal rupa2nya sebaliknya....i mean his/her attitude make me sickkk....*his/her digunakan untuk menjaga confidentiality identity dia....antaranya: tidak hormat orang tua, bercakap kasar, suka sakitkan hati saya dengan kata2 *dey lain kali fikir dulu baru cakap daaa, hati beberapa orang lain turut dia sakiti, kuman di seberang benua dia nampak tapi kesalahan diri sendiri dia tak tilik...iye, padahal ape yang dia tegur tu mmg dia selalu buat kat kami pon...duh kelakar sih.... u really make me sick...AKU HIGHLIGHT NI: SEKALI KAU BUAT SIAL NGAN AKU SELAMA-LAMANYA AKAN KU KENANG...entri before nie memang aku tuju kat kau pon... ceyh bajet si dia bace pula blog aku...kalau ko bace lagi bagus...kalau ko terasa lagi bagus nak mampos...
- tu je la setakat ni...aku insan lemah cube memikir n mencuba untuk menjadi yang terbaik, kadangkala niat yang murni dan ikhlas sering disalah tafsir...ini lah dugaan bila nak jadi baik, jujur dan nice...
nice nice nice nice...i like this word...kat sinila i jumpe my special....NICe, taman universiti, skudai....nice, so niceeeeee.....*my special: la yang i pakai kat mata tyme g camp pangsun tuh<3
Mar 24, 2010
Mar 23, 2010
crazy on you
Ahlan Wasahlan!!!
Mar 21, 2010
kerja3
opps pembetulan esok saya ade 3 presentationS....baru je taw...seb baik aku rajin g blik geng...kalo x esok mesti haru3...ish3
hambik nih
Kolej Tun Razak adakan Khidmat Bakti di Kg. Sentosa, Tanjung Sedili, Johor
KOTA TINGGI 12 MAC 2010. – Seramai 76 orang mahasiswa daripada Kolej Tun Razak (KTR) telah mengikuti Program Pelajar di Luar Universiti Johor 2009/2010-Khidmat Masyarakat (PPLUJ 09/10) di Kampung Sentosa, Tanjung Sedili , Johor yang telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kolej Tun Razak dengan kerjasama Gerakan Desa Wawasan Kampung Sentosa. Program yang berbentuk khidmat masyarakat ini telah diadakan pada 12, 13 dan 14 Mac 2010 bertemakan “Mahasiswa Pemangkin Transformasi Masyarakat”. Matlamat program ini adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat setempat mengenai kepentingan pembangunan insan yang menyeluruh di dalam konteks kepentingan penguasaan ilmu dan pereka ciptaan teknologi baru terhadap pembangunan negara pada masa kini. Justeru itu, pelbagai aktiviti telah dijalankan bagi memenuhi matlamat program antaranya Klinik Pendidikan, Ceramah Keibubapaan, Kenduri Sekampung, Sukanaeka, Khidmat Bakti “Mini Library”, Forum Perdana, Malam Kebudayaan dan Pameran Kecemerlangan UTM.
Pada 12 Mac, para mahasiswa telah menaiki 2 buah bas bergerak menuju ke Kampung Sentosa, Tanjung Sedili pada pukul 2.30 petang dan sampai ke Kampung Sentosa pada jam 5.00 petang. Kedatangan mahasiswa KTR telah disambut oleh keluarga-keluarga angkat iaitu kalangan penduduk Kampung Sentosa itu sendiri. Pada malam tersebut sebuah Forum Perdana Hal Ehwal Islam PPLUJ 09/10 bertajuk Pembangunan Sosial Mengikut Acuan Islam yang telah dihoskan oleh Yang Berbahagia Ustaz Mohd Nasir Masroom dan ahli panel jemputan terdiri daripada Ustaz Mohd Abbas Abd Latiff dan Yg Bhg Dr Yahya Jusoh. Forum diakhiri dengan bacaan selawat yang diketuai oleh Ustaz Nasir Masroom. Pada malam tersebut turut diadakan persiapan Kenduri Sekampung iaitu bergotong royong menyediakan bahan masakan bagi kenduri keesokkan harinya.
Pada pagi 13 Mac, semua mahasiswa berkumpul di balai raya dan masing- masing telah dipecahkan mengikut pembahagian tugas masing-masing antaranya, Kenduri Sekampung, Pameran Kecemerlangan, Persediaan Simenfero dan persiapan perasmian penutup program. Pameran Kecemerlangan telah disertai oleh Research Management Centre (RMC) UTM, JKM KTR, Pusat Kesihatan UTM, Chemical Engineering Pilot Plan (CEPP), dan polis dari Tanjung Sedili. Pameran daripada RMC lebih kepada mempromosikan UTM kepada orang kampung sekaligus menyuntik semangat dalam kalangan anak-anak kecil untuk menjejaki menara gading, manakala pameran daripada JKM KTR bertujuan publisiti Kolej Tun Razak kepada warga luar dan menjadi medium antara penduduk setempat untuk mengenali UTM dengan lebih terperinci lagi melalui penerangan dan pendedahan aktiviti yang telah dilakukan. Pusat Kesihatan antara pameran yang mendapat sambutan daripada penduduk kampung kerana khidmat percuma pemeriksaan kesihatan yang ditawarkan oleh mereka. Antara pemeriksaan yang dijalankan secara percuma adalah pemeriksaan tekanan darah, pemeriksaan kandungan gula dalam darah, pemeriksaan BMI serta khidmat nasihat kesihatan. Pameran dari CEPP pula mempamerkan produk kesihatan yang ditemui oleh penyelidik-penyelidik UTM yang berasaskan tumbuh tumbuhan dan herba tani.
Pada masa yang sama, bersebelahan tapak Pameran Kecemerlangan diadakan Kursus Asas Simenfero. Jurulatih, Encik Ahmad Adin bin Marian yang mengendalikan kursus ini dijemput khas dari Pusat Kokurikulum UTM yang sememangnya pakar dalam menghasilkan simenfero, iaitu kerusi dan meja yang diperbuat daripada simen dan dicat menyerupai pohon kayu. Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk kampung Sentosa. Bahan-bahan yang diperlukan untuk kursus ini adalah cat liquor, berus cat, cable tie, 2 ela pasir, 5 beg simen dan segulung dawai segi empat bagi menghasilkan 2 set meja serta 2 buah kerusi. Oleh kerana kos bagi membiayai peralatan membuat simenfero yang agak mahal, pihak KTR dan orang kampung sama-sama mengeluarkan belanja. Kerusi dan meja Simenfero yang telah siap dipamerkan semasa Majlis Penutup pada kesokkan harinya.
Manakala bertempat di Balai Raya Kampung Sentosa, ceramah Keibubapaan yang bertajuk Kecemerlangan Ibubapa telah disampaikan oleh Mejar Kamarul Azman bin Jamaluddin yang merupakan tenaga pensyarah separuh masa di Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia (FPPSM). Namun begitu, tidak ramai ibubapa yang menghadiri ceramah kerana beberapa faktor iaitu tidak ramai yang mengetahui tentang ceramah tersebut, ibubapa terlibat dengan Kenduri Sekampung, Pameran Kecemerlangan dan Kursus Asas Simenfero. Ceramah yang dijangkakan bermula pada jam 9.00 pagi ditangguh ke jam 10.30 pagi kerana kelewatan penceramah jemputan kerana masalah pengangkutan daripada pihak Harta Bina. Selepas ceramah tersebut, penceramah dijemput bersama-sama makan jamuan Kenduri Sekampung.
Pada jam 2.00 petang telah diadakan Majlis Perasmian Program Pelajar di Luar Universiti Johor 2009/2010-Khidmat Masyarakat (PPLUJ 09/10). Upacara peramian dan simbolik penyerahan anak angkat telah diserikan lagi dengan kehadiran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Sedili iaitu Yang Behormat Tn. Hj Rasman bin Ithnain. Semua mahasiswa, ibubapa angkat dan penduduk kampung bersama-sama berhimpun bagi menyaksikan upacara tersebut. Sejurus selepas upacara perasmian, pada jam 5.00 petang telah diadakan sukaneka dan riadah. Antara aktiviti yang diadakan adalah futsal batik dan bola jaring pelikat. Para pemain futsal memakai kain batik manakala pemain bola jaring dikehendaki memakai kain pelikat. Tujuan perlawanan futsal dan bola jaring adalah untuk melahirkan kemesraan di antara peserta dan tidak bermatlamatkan kemenangan. Pihak KTR menyediakan sagu hati kepada yang terlibat dalam acara-acara pada petang tersebut. Penduduk kampung dan peserta PPLUJ 09/10 berasa gembira dan kelihtan puas dapat bersukan pada petang itu.
Pada sebelah malamnya pula diadakan Malam Kebudayaan yang diadakan berdekatan dengan gelanggang futsal Kampung Sentosa. Antara persembahan yang menarik yang diadakan pada malam itu adalah tarian zapin daripada tadika kampung tersebut, tarian 1 Malaysia yang menggabungkan tarian India, Melayu dan Cina dalam persembahan mereka dan dikir barat, persembahan band daripada Gula-gula Kapas Putih iaitu band yang ditubuhkan di KTR, serta karaoke daripada peserta program dan penduduk tempatan sendiri. Persembahan tarian telah dipersembahkan oleh KTR Culture dan peserta-peserta PPLUJ 09/10. Acara tamat pada jam 12.00 malam. Terdapat beberapa masalah yang dihadapi oleh krew-krew persembahan kerana PA system yang digunakan tidak dapat menandingi PA system restoran berhampiran menyebabkan penonton yang duduk di bahagian belakang tidak dapat menghayati malam tersebut.
Pada 14 Mac iaitu hari terakhir kami di Kampung Sentosa, Tanjung Sedili dimulakan dengan senaman aerobik di gelanggang futsal. Instruktor yang dilantik sungguh bersemangat dan cergas menyebabkan para peserta yang mengikuti senaman tersebut mengeluarkan banyak peluh. Manakala jam 9.00 pagi bertempat di Dewan Sekolah Kebangsaan Seri Setia Jaya (SKSSJ) diadakan Klinik Pendidikan dan ceramah motivasi. Fasilitator adalah terdiri daripada kalangan mahasiswa KTR sendiri manakala penceramah adalah Encik Mohd Fa’iz bin Ahmad yang merupakan tutor di Fakulti Pendidikan, UTM merangkap pembantu felo KTR. Seramai 40 orang murid dari SKSSJ dan 21 orang pelajar sekolah menengah berhampiran telah menghadiri klinik tersebut. Para pelajar kelihatan bersemangat dan berminat sepanjang melakukan aktiviti-aktiviti. Tambahan pula, pada bulan September akan datang mereka bakal menduduki peperiksaan UPSR. Semoga peperiksaan yang bakal diduduki dapat ditempuhi dengan kejayaan.
Manakala di tapak pameran berlansung pameran oleh JKM KTR, RMC, RELA dan Simenfero, turut dipamerkan adalah masakan dan gubahan yang dipertandingkan. Sementara itu, di balai raya diadakan pertandingan mewarna dalam kalangan kanak-kanak tadika berhampiran. Hadiah-hadiah untuk pertandinagn memasak, gubahan dan mewarna telah disampaikan semasa upacara penutup PPLUJ 09/10. Pada tengah hari pula, diadakan raptai bagi upacara penutup PPLUJ 09/10. Semua peserta terutamanya Unit Protokol amat sibuk. Upacara penutup akan disempurnakan oleh Yang Berhormat Mulia Tan Sri Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar, Ahli parlimen Kota Tinggi. Sebelum dibawa ke Pentas Utama terlebih dahulu beliau melawat “Mini Library” kampung tersebut. Perpustakaan mini tersebut telah diubahsuai dan dan ditambah baik oleh sekretariat KTR bagi kemudahan masyarakat kampung tersebut. Antara penambahbaikan yang diadakan ialah penambahan rak-rak buku, cat semula perpustakaan, sumbangan kerusi dan banyak lagi.
Kehadiran Yang Berhormat Mulia Tan Sri Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar ke pentas utama telah disambut dengan paluan kompang oleh pemuda kampung dan tarian “Dia Datang” oleh KTR Culture. Kemuncak pada majlis penutup itu adalah penyerahan semula anak angkat ke kampus. Majlis yang diakhiri dengan suasana sayu kerana peserta dan keluarga angkat akan berpisah. Sebelum majlis berakhir, para peserta beramai-ramai bergambar bersama- sama dengan Yang Berhormat Mulia Tan Sri Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar. Peserta pulang ke kampus pada jam 6.30 petang.
Mar 19, 2010
tiga titik
Mar 18, 2010
peragawati yang terlampau

Mar 16, 2010
gile serabai
tetibe plak aku ade masa nak update blog...
well ini adalah salah satu cara aku nak lepaskan beban kat kpale otak...
orang yang membaca mungkin fikir blog ini hanya karut2 n mungkin yang carut2..
terserah...cara masing2..style masing2
tapi satu yang aku nak kongsi kesyukuran adalah kerana aku dapat menjawab dengan tenang test tadi...diulang sekali lagi jawab dengan tenang ye, aku tak tulis jawab dengan betul...mungkin kerana doa ibu bapa, doa sendiri n test kat rumah Allah..dan yang pasti tiada yang menekan kepala otak i seperti test sebelum ini...ok3 i really want to skip the scene...
yang tak bestnye, bile nak test je kalo x sedia pasti akan ade setan akan menghasut suh aku bawak toyol g dewan pekse...y huh??
tapi setakat ni mmg bole jaga diri lagi daripada bawak benda2 kejadah tuh ke dewan pekse...i takut seyh..takut ngn Allah..cube kalo Dia x redha aku sampai bile2...kejayaan yang bakal aku kecapi nati pasti membawa ke lembah hina....pastinye kerana melalui jalan yang salah...
lagi pon, biarlah result itu menjadi tanda aras betapa ruginya ke dewan pekse tanpa persediaan...*aku bersedia tapi x lengkap sangat la, cuz bace last2 minit...wut the hemoglobin...
dan baru2 ini aku berada dalam dilema...sama ada nak menamatkan zaman single o tidak...aku jadi keliru...siyesly, aku rasa sayang sangat2 nak tinggalkan status ni...yela jadi single mmg enjoy gile babas, bukan maknenye boleh gaul bebas k...so in conclusion, i choose jadi single maa...tapi pulak risau tetap de, bile single i tetap rase susah hati...taw x knape??
bile org taw i single, mamat2 mule nak masuk jarum...ergh, merimaskan...i'm not les, but they were so annoying...pergh lagi2 yang suke wat body contact..babi merimaskan taw tak...saya memang benci bile lelaki berada dekat dengan saya sampai touching2 *yg bukan muhrim ok!!.... saye ulang sekali lagi benci!!!!!!!!!!!!!!!!
tapi kalo aku ade boyfie pulak, confem2 ade pegang2 tangan, laga2 bahu n so on...*kaw taw sendiri la...lagi berdose...
so i just wait fer my beloved future hubby to marry me...sayang, i tunggu<3....moga>
Mar 11, 2010
UNPREDICTABLE

Mar 8, 2010
Lemahnya saya

saya rasa saya dah berubah...
Mar 7, 2010
Mar 2, 2010
MALAM ANUGERAH TUN RAZAK 2009


Mar 1, 2010
sesungguhnya hati ini sedang menangis..